Saturday, September 21, 2013

Mujahiddin IIA rampas 139 senjata berat di Badakhshan


BADAKHSHAN :Para Mujahidin dari Imarah Islam Afghanistan (IIA) telah melancarkan operasi besar-besaran di wilayah Badakhshan, bahagian utara Afghanistan,hasil nya ratusan anggota musuh tewas dan terluka.

Mujahidin terus melancarkan operasi memburu pasukan musuh pada Khamis (19/9/2013) setelah melakukan pengepungan keatas pasukan gabungan musuh di Wardaj, di wilayah tersebut, menurut para pegawai Mujahidin pada Jumaat (20/9) seperti yang di lampir siar oleh blog Mujahidin IIA ,Shahamat.

Para pegawai Mujahidin menambahkan kenyataan mereka lagi bahawa seramai 60 polis Arbaki , tentera nasional Afghanistan, dan polis tewas dalam serangan pada Khamis tersebut, sementara 25 lainnya tewas dalam pertempuran pada Rabu (18/9) menjadikan jumlah kematian musuh meningkat kepada 85 orang dan lebih dari 70 pasukan boneka terluka dalam pertempuran kemarin ditambah jumlah 30 lainnya dalam pertempuran sebelumnya.

Dalam operasi jihad ini, Mujahidin juga menawan 12 pegawai rejim boneka saat pertempuran hari Rabu dan 14 lainnya ditawan dalam operasi terbaru semalam.

Mujahidin juga menyita 139 senjata berat dan ringan serta amunisi dari musuh sebagai Ghanimah. Sedangkan pos-pos musuh telah dihancurkan.

Pemerintah Kabul mendakwa bahawa para pasukan bersekutu dengan penjajah itu telah mengalahkan Mujahidin dalam operasi ini, namun hal ini dibantah dan di nafikan oleh Mujahidin dan menegaskan bahawa pasukan musuh telah disingkirkan dari daerah Wardaj dan operasi pemburuan sisa pasukan musuh masih berlangsung, menurut laporan Mujahidin dari wilayah tersebut.

Sementara itu, Mujahidin membiarkan dan membenarkan musuh untuk mengambil jenazah rakan-rakan mereka yang tewas atas jaminan para tetua suku di daerah tersebut, dan jasad-jasad musuh yang dilemparkan Mujahidin ke dalam air juga telah dievakuasi oleh Mujahidin tetapi belum diserahkan kepada pasukan musuh.


Admin Pedang Sabur


adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment