Tuesday, September 3, 2013

Morsi dituduh mencetus keganasan

KAHERAH - MESIR. Pasukan Pendakwa Raya Mesir bersepakat mahu bekas Presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Mursi menghadapi perbicaraan atas tuduhan mencetuskan keganasan, pembunuhan dan kegiatan samseng.

Media melaporkan, Mursi berhadapan tuduhan itu bersama 14 pemimpin Ikhwanul Muslimin (IM) di Mahkamah Jenayah Kaherah.

Selain beliau, Essam El-Erian yang kini masih menyembunyikan diri dan Mohammed El-Beltagy yang ditahan minggu lalu turut menghadapi tuduhan sama.

“Pendakwaan diketuai Hesham Barakat. Tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan. Kes merujuk kepada salah satu keganasan ketika pemerintahan setahun Mursi yang meragut 10 nyawa tahun lalu,” menurut laporan Press TV.

Agensi berita kerajaan melaporkan, siasatan dijalankan oleh pasukan pendakwa raya mendakwa, Mursi mengarahkan pasukan pengawal republikan dan menteri bertanggungjawab mengekang tunjuk perasaan itu.

Mereka yang bimbang berlaku pertumpahan darah bagaimanapun mengingkari arahan dikeluarkan Mursi.

Orang kanan Mursi kemudiannya, dituduh mengarahkan penyokong IM mengekang bantahan di luar perkarangan istana presiden.

Sejak penahanannya, kerajaan melancarkan operasi bersepadu membanteras pengaruh IM.
Mahkamah tentera Mesir pada hari Selasa (3/9/2013) menjatuhkan hukuman kepada 11 anggota Al-Ikhwan penjara seumur hidup kerana menyerang tentera di kota pelabuhan Suez bulan lalu.

45 anggota Ikhwan lainnya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, sedangkan 8 orang lainnya dibebaskan dari dakwaan.

Dalam perkembangan lain, Presiden sementara, Adly Mansour mengumumkan senarai 50 ahli panel dilantik mengkaji semula draf Perlembagaan.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment