Tuesday, September 3, 2013

Mesir cadang bina zon penampan ala Israel di sempadan Gaza


Segala andaian kita terhadap Mesir semakin menampakkan kebenarannya. Selepas merobohkan terowong laluan bekalan keperluan asas dari Mesir ke Gaza, tentera Mesir kini merancang membina zon penampan di sepanjang sempadan dengan Gaza.

Tanpa bekalan keperluan asas kehidupan, pastinya rakyat Gaza akan menderita tanpa makanan, ubat-ubatan dan keperluan lain. Rakyat yang sentiasa bertenaga untuk menentang pencerobohan Israel ini akan mati sendiri akibat tekanan dari seluruh dunia melalui PBB hanya kerana mahukan Israel menawan keseluruhan Palestine yang didakwa mereka sebagai 'tanah yang dijanjikan' untuk bangsa yahudi.

Israel tidak memerlukan senjata untuk memushakan mereka yang tidak mempunyai makanan kerana mereka akan mati sendiri akibat kelaparan dan penyakit. Apabila itu berlaku makaAl Sisi akan dibobat sebagai hero yahudi sekali lagi.....

Ini laporan  Jerusalem Post
Kerajaan Hamas pada hari Ahad berkata mereka "terkejut" mendengar Mesir bercadang membina zon penampan di sepanjang sempadan dengan Tebing Gaza.

Ehab Ghissin, jurucakap bagi kerajaan Hamas berkata tidak sepatutnya wujud zon penampan "antara saudara dan negara sahabat."

Ghissin menzahirkan harapan bahawa tindakan Mesir ini tidak akan "mengukuhkan lagi sekatan" dan meningkatkan kesengsaraan rakyat Gaza.

Beliau menyeru dibangunkan kawasan bebas cukai dan bukan zon penampan di sempadan Tebing Gaza dan Mesir itu.

Akhbar Mesir memetik sumber Palestin berkata 90 peratus terowong seludup di sepanjang sempadan Gaza tidak lagi berfungsi kesan daripada langkah-langkah yang telah diambil pihak keselamatan Mesir.

Sumber tersebut berkata tentera Mesir sedang melaksanakan kempen untuk memusnahkan rumah-rumah dan terowong-terowong "yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini".

Menurut sumber itu lagi, zon penampan yang dicadangkan itu akan berukuran antara 25 dan 500 meter lebar dan sepanjang 10 kilometer.

Sementara itu, puluhan keluarga Mesir berdemonstrasi di bahagian Mesir bersempadan dengan Gaza sebagai tanda protes ke atas tentera yang memusnahkan rumah-rumah mereka.

Menurut mereka, pihak tentera telah memaklumkan keluarga-keluarga yang tinggal berdekatan dengan sempadan Gaza bahawa tentera akan merobohkan rumah-rumah mereka sebagai usaha untuk membangunkan zon penampan di kawasan tersebut.

Keluarga-keluarga tersebut berkata dalam beberapa hari ini tentera Mesir telah memusnahkan rumah-rumah mereka tanpa memeberikan masa untuk mereka memindahkan perabot dan barangan peribadi mereka.

Sumber : Jerusalem Post
#mesirkini

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment