Tuesday, September 10, 2013

Menyedari Kampungnya (Latakia) terancam Assad rancang bom empangan Al Furat

Latakia merupakan daerah terpenting kedua bagi regime Syiah Assad sesudah ibukota Damaskus.

Daerah ini merupakan tempat dimana Assad berasal (kota Qardahah), tempat keluarga besar Assad berada dan pusat Syiah Alawiyah di Syria. Sebab-sebab itulah yang membuat regime Syiah Assad memberi perhatian khusus bagi keselamatan warga Syiah Alawiyah di Latakia dan memastikan tempat itu tidak ditawan Mujahidin.

Latakia adalah tempat yang dijanjikan Assad kepada Iran dan Syiah Lebanon sebagai pusat didirikannya negara Syiah kedua di Syria sesudah Iran.

Selain sebagai pusat  Syiah Alawiyah, Latakia merupakan kawasan yang sangat strategik karena letaknya yang dekat laut sangat memudahkan pengiriman senjata dari Rusia dan Iran melalui jalur tersebut. Ditambah lagi satu-satunya kawasan yang tidak dapat dijangkau Mujahidin adalah daerah laut, sehingga regime Assad dapat menggunakan kawasan laut tanpa ancaman.


PERKEMBANGAN PERGERAKAN MUJAHIDIN DI LATAKIA

Latakia terbagi menjadi tiga kawasan, Kawasan Jabal Akrad, jabal Turkman dan Jabal Suhyuni.
Jabal Akrad merupakan kawasan Muslim dan telah berada 100 % dibawah pentadbiranMujahidin.
65% dari Jabal Turkman kini juga telah berada dibawah kendali Mujahidin.

Sedangkan Jabal Suhyuni merupakan kawasan penduduk bercampur antara Muslim dan Syiah, kawasan ini berada di bawah kendali tentera regime Syiah Assad.

Mujahidin dari seluruh kawasan Syria terus bergerak menuju ke Latakia untuk mengambil alih kawasan tersebut dari tentara Syiah setelah pembantaian oleh pasukan Syiah hizbullat dan tentera regime Syiah  terhadap saudara-saudara mereka di Qushair, Baniyas dan kawasan-kawasan lainnya di Syria.

Menyedari pergerakan menakutkan itu Assad merancang menyerang empangan Al Furat salah satu daripada tiga empangan yang dikuasai Jabhat al-Nusra yang didakwa sebagai cabang Al Qaeda.

Empangan yang mengeluarkan tenaga elektrik hidro  dengan kapasiti 880 megawatt itu ditawan pada Februari lalu setelah peperangan sengit dengan tentera Assad.

Di belakang empangan Al Furat terdapat sebuah tasik buatan yang dinamakan Tasik Assad yang merupakan kawasan tadahan air terbesar di Syria dengan keluasan 640 km persegi atau 247 batu persegi dan menampung beribu hektar air.

Empangan yang dibina pada lewat 1960 an dengan kerjasama Russia itu terletak di sebuah bandar Timur Laut yang dahulunya bernama Tabqa tetapi ditukar kepada Thawra (perkataan arab bermaksud revolusi) merujuk kepada tarikh rampasan kuasa pada 8 Mac 1963 yang membawa kepada kekuasaan Parti Baat yang dipimpin Hafez Assad.

Pengeboman yang dirancang Assad akan menyebabkan Deir el-Zour dan beberapa bandar di Iraq ditemgelami air dan membunuh ribuan manusia lantaran aliran air yang sangat deras.

Mengenali Putera Nadher Amarhan Maderner pemuda bertatoo dalam pasukan bolasepak Malaysia


adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment