Tuesday, September 17, 2013

Kubur PAS sedang digali

Sejak pertemuan beberapa pemimpin PAS dengan wakil-wakil umno sebaik sahaja PR memenangi pilihanraya 12 di Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan perlu dirujuk oleh semua penyokong PAS, PKR dan DAP.

Pemimpin-pemimpin PAS yang bersetuju bertemu dengan wakil-wakil umno itu perlu dilihat sebagai pengkhianat parti. Yang kena sembelih hanya Hassan Ali sedangkan beberapa pemimpin lain tidak diambil tindakan. Mereka masih bermaharajalela dalam parti dan melancarkan 'jarum dari dalam' untuk meneruskan cita-cita mereka menjadikan PAS sebagai hamba umno.

Kelompok yang diberi jolokan UG ini disedari masih wujud dalam PAS. Dari akar umbi hingga kepada pemimpinan tertinggi parti. Kata-kata Nasharuddin Mat Isa dan Hassan Ali harus diingat sampai bila-bila. Kedua-dua mereka ada memberi 'hint' bahawa PAS akan musnah oleh kelompok UG ini walaupun tidak secara langsung (tetapi berkias).

Kini sudah mula timbul desakan agar kerjasama dengan PKR dikaji semula. Kelompok ini semakin menunjukkan diri mereka. Harun Taib termakan jarumnya. Apa tujuan sebenar seruan itu dibuat? Adakah kerana dalam PKR ada parti yang dituduh memuja Lenin dan komunisme????; atau????

Rasanya lebih islamik jika mereka berterus terang kepada umum. Jika mereka mahu mendesak kepimpinan tertinggi menyertai UMNO semula, eloklah diperkatakan sahaja.

Seronok bukan main kelompok UG ini apabila seruan itu dibuat secara terbuka oleh Harun Taib. Apa tidaknya jarum sudah masuk cuma menunggu masa untuk tembus.

Kekuatan PAS

Sejak pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet Magadeath, PAS menjadi tumpuan orang-orang melayu Islam yang membenci kekejaman ke atas Anwar Ibrahim dan keluarganya. Daripada individu yang berlatar belakangkan agama hinggalah kepada kutu brahak (macam gua) yang tidak tahu apa-apa juga turut menyertai PAS.

Pada pandangan sesetengah mereka PAS adalah parti melayu kedua selepas umno. 'Melayu' masih menjadi teras mereka dalam berpolitik. Apabila kedudukan umno mula goyah dan kalah di beberapa negeri di Semenanjung dalam PRU12, kelompok ini adalah yang paling mengelabah. Mereka mula berfikir mengikut cara umno yang pernah didukung mereka.

"Cina akan memerintah" adalah satu-satunya ketakutan mereka. Kebodohan lama berulang kembali. Muncul ayat-ayat bangang ala pencacai yang berbunyi, " Malaysia akan jadi macam singapura!" sehingga mereka terus lupa bahawa Pulau Pinang memang sejak sekian lama di bawah pemerintahan cina.

Susah nak ajar makhluk-makhluk macam ini...,
Tidakkah mereka tahu bahawa seandainya Pulau Ketam diangkat menjadi sebuah negeri maka Pulau Ketam juga akan diberikan kepada pemerintahan parti cina kerana majoriti penduduknya adalah orang-orang cina. Itu adalah cara Malaysia.

Pilihanraya 13 adalah kemuncak kebangkitan UG ini. Dengan Hassan Ali memulakan langkah menyokong umno diikuti oleh Nasharuddin Mat Isa walaupun mereka tidak menganggotai umno. Sementara yang lain masih memilih untuk bersama PAS (berpura-pura).

Secara peribadi gua menganggap kesilapan hingga membawa kepada pertandingan tiga penjuru di beberapa kawasan adalah sesuatu yang disengajakan oleh kelompok UG dalam PAS. Jika ianya adalah kesilapan maka masih ada ruang untuk mereka menarik diri sebelum pilihanraya berlangsung. Tetapi mereka tidak berbuat demikian.



Alasan-alasan yang diberikan oleh Harun Taib dalam gesaannya...

Dalam pilihan raya lalu PAS menang 21 kerusi Parlimen dan hilang kerajaan negeri Kedah berbanding PRU-12 menang 23 kerusi Parlimen dan menang di Kedah.

Kebijaksanaan apakah yang mendorong perkara ini menjadi alasan kepada gesaan beliau? Ke manakah semua undi itu pergi? Adakah kepada PKR? Jika kepada PKR atau DAP pastinya Kedah tidak akan jatuh kepada BN.

"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," kata Harun.

Fikir semula, berapa banyak kerusi yang dimenangi PAS sebelum bersama PR... Sila rujuk keputusan pilihanraya 10 dan 11.

Sajauh manakah kekuatan sebenar PAS?

Adakah PAS memerlukan UG ini untuk terus mendominasi melayu Islam dalam dunia politik tanah air? DAN kuat benarkah PAS tanpa PR?  Fikir!!!!!!!

Jika ahli-ahli PAS mahu PAS terus hidup sebagai PAS yang benar-benar memperjuangkan Islam dan bukannya melayu; Semua kepimpinan yang termakan racun UG harus ditendang keluar termasuk TGHH sekali jika dia turut terlibat.

(diupdate pada 15.9.2013)
sekarang baca apa pendapat TG Nik Aziz 

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M

Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO. UMNO bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.

Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang.

Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah- istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin UMNO sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini. PAS wajib melangkah ke hadapan.

Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta.

Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.

Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.

(ini adalah update pada 16.9.2013)
Proff Agus juga membuat kenyataan yang sama dengan gua cuma cara penyampaian berbeza sebab di proffesor dan gua proffeshoot.


update 18.9.2013
jabat bersambut menyerlahkan matlamat UG


khas untuk UG group


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

3 comments:

  1. Salam GeloraHatiMuda

    Sangat sedih bila baca sedutan ucapan Us Harun Taib. Sudah terang lagi bersuluh. Nampak sangat Us Harun Taib enggan muhasabah diri, sebaliknya nak salahkan orang lain. Inikah ciri-ciri ulama?

    ReplyDelete
  2. Bunyi macam geng geng UG ( yang berkehendakan bersatu dan bernaung dengan UMNO) alamatnya kena tipu sampai sudah kalau bergabung dengan Umno.. faham tak sekelian Ustaz Ustaz? Jangan perasan anda Menang PRU13, anda sudah yakin yang anda di senangi oleh orang bukan Islam.. kalau beginilah PAS..!!! Tak hairan Tuan Guru Nik Aziz di jatuhkan dengan secara terhormat termasuk Dato Husam Musa... ini geng geng UG yang tidak suka mereka yang pakar dalam bidang politik... setakat Ustaz tapi tak mahir berpolitik suka menjatuh kan di antara satu sama lain...bahana akan menanti anda wahai PAS....!!!!!!! PAS hendak bersendirian???? Jangan sombong wahai PAS..!!!

    ReplyDelete
  3. Jeng,jeng,jeng...Ketua dalang UG telah bersuara! Patutlah sampai kini Nasya tidak ditendang keluar dari PAS,rupa-rupanya ada Godfather yang beri perlindungan! Hassan Akidah hanyalah gimik dan dummy! Dasar ulamak 'opportunist'! Mengalahkan puak-puak sekular dlam UMNO!

    ReplyDelete