Thursday, September 19, 2013

Kerajaan Sementara Mesir Mengiktiraf Pencapaian Ekonomi Mursi

Kerajaan sementara yang disokong oleh tentera telah mengiktiraf pencapaian ekonomi Mesir semasa pemerintahan Presiden Muhammad Mursi. Pengiktirafan ini adalah susulan tempoh dimana rakyat awam menentang kerajaan Mursi, termasuklah tuduhan salah mengendalikan ekonomi Mesir.

Walau bagaimanapun, kerajaan sementara telah mengiktiraf keputusan ekonomi Mursi ketika mana beliau merendahkan defisit perdagangan dan menaikkan eksport asing. Laporan bulanan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan telah mengesahkan bahawa ketika pemerintahan Presiden Mursi dan kerajaannya dengan pimpinan Perdana Menteri Mesir Hisham Qandil ekonomi Mesir telah meningkat.

Laporan mendedahkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merekodkan pertambahan pendapatan negara sebanyak 2.3 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama untuk tahun 2013-2013, berbanding hanya 1.8 peratus dalam tempoh yang sama untuk tahun yang lepas. Laporan menambah keseluruhan defisit bajet untuk tahun kewangan 2013-2014 ialah 9.1 peratus atau 186 bilion pound Mesir.

Malah, kadar pertumbuhan tahunan untuk kecairan domestik berterusan meningkat sehingga akhir Mei 2013, untuk mencapai 18.8 peratus berbanding purata pertumbuhan tahunan sebanyak 18.3 peratus pada akhir April 2013. Pertumbuhan ini digalakkan dengan penambahan aset bersih domestik, terutamanya liabiliti bersih kerajaan, barang-barang keperluan pengguna dan kredit yang diberikan kepada sektor swasta.

Laporan juga menyifatkan pertumbuhan bagi pendapatan negara tahun 2012-2013 disebabkan oleh; kenaikan pembayaran gaji yang lebih besar untuk pekerja sebanyak 7.8 bilion pound menghampiri keseluruhan pembayaran gaji sebanyak 60.5 bilion pound; kenaikan 3.4 bilion pound untuk pembayaran gaji tetap menghampiri 23.3 bilion pound, dan kenaikan 5.9 bilion pound untuk elaun kualiti menghampiri 17 bilion pound.

Subsidi, geran dan faedah sosial kesemuanya meningkat hasil daripada 24.5 bilion pound subsidi tambahan kepada produk petroleum, menghampiri 120 bilion pound. Sumbangan keselamatan sosial dan pencen untuk dana pencen meningkat sebanyak 10.2 bilion pound.

CAPMAS (Central Agency for Public Mobilization and Statistics) mendedahkan ketika pemerintahan Mursi, defisit imbangan perdagangan menurun ketika bulan Mei tahun lepas mencecah 16.21 bilion pound berbanding 23.05 bilion pound pada bulan yang sama tahun 2012, penurunan sebanyak 29.7 peratus.

Eksport Mesir meningkat sebanyak 3.1 peratus mencecah 16.83 bilion pound pada bulan Mei 2013 berbanding 16.33 bilion pound pada bulan yang sama tahun lepas. Peningkatan ini disebabkan oleh nilai yang tinggi untuk beberapa barangan seperti minyak mentah, baja, buah-buahan segar, oren, pasta dan beberapa produk makanan.

Sumber : Middle East Monitor
#mesirkini

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment