Tuesday, September 10, 2013

Kelantan pinjam duit IDB untuk laksana projek lebuh raya

KOTA BHARU: Penantian rakyat Kelantan untuk melihat Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bakal menjadi kenyataan selepas mendapat komitmen penuh syarikat dari Emeriah Arab Bersatu.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sebuah konsultan, Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group sudah menyampaikan kajian lengkap mengenai projek tersebut.

“Kita akan putuskan secara rasmi dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri tidak lama lagi selepas mendapat maklumat awal cadangan projek.

Selain itu aspek pembiayaan turut dibincang bagi mendapat kerjasama Bank Pembangunan Asia (IDB).

“Berdasar kepada taklimat mereka 5 September lalu perkembangannya cukup positif. Jadi kita berharap ia sebagai suatu kejayaan,” katanya di sini.

Lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu sepanjang 68 km dirancang kerajaan negeri ekoran projek berkenaan dipinggirkan kerajaan pusat sejak 1986.

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad memberitahu kerajaan negeri melantik konsultan baru pada 26 Julai lalu bagi menyediakan kertas cadangan projek berkenaan.

Menteri Besar berkata, laporan terperinci daripada Ecobound telah disampaikan kepada kerajaan negeri.

“Projek berkenaan akan diteruskan melalui sistem wakaf. Insya-Allah projek tersebut akan dimulakan semula tidak lama lagi.

“Kerajaan negeri memberi keutamaan kepada projek Lebuh Raya Rakyat,” ujarnya.

Pembinaan Lebuh Raya Rakyat telah dimulakan awal tahun ini di tapak Bukit Bakar, Machang. Bagaimanapun kerja-kerja awal tertangguh ekoran syarikat lama menarik diri.
-HD

Gua memang bangga kerana kerajaan negeri masih meneruskan projek Lebuh raya rakyat Kelantan ini tetapi kesal keran terpaksa mendapatkan dana luar sedangkan hasil dalam negeri mampu membiayai lebuhraya tersebut.

Segala perancangan Husam ditolak tepi. Syarikat pembiaya yang dirancang Husam telah kehilangan tanah lombong yang sepatutnya diusahakan. Sekiranya usaha Husam diteruskan Kelantan tak perlu pinjam duit IDB

"Alhamdulillah selepas hanya tiga bulan diluluskan lesen pertama perlombongan emas kami telah mengeluarkan emas pertama (gambar kiri) minggu lepas. Selain itu kami telah mendapat kelulusan perlombongan mengganese yang boleh digunakan untuk hub pemprosesan tambah nilai dan nilai lombong itu sahaja di anggarkan bernilai setengah billion ringgit," kata Husam kesal.

FAKTA ANGKA:

◆ Sebelum PRU13 - Lulus

◇ 3,000 hektar kawasan lombong bijih besi untuk dijadikan cagaran

◆ Nilainya RM2.5 BILLION

Pandangan Ringkas;

■ Sebuah syarikar dari Korea telah menyatakan minat untuk melabur dan membina Lebuhraya Rakyat RM1.8Billion pada sblm PRU13.

Dengan nilai Lombong terbabit, maka InsyaAllah Lebuhraya Rakyat mampu disiapkan, malah ada BAKI lagi sebanyak RM700JUTA utk pembangunan negeri.

□ Lepas PRU13, kelulusan tersebut ditarik balik dan diberikan kpd sykt tertentu? SIAPAKAH SYKT dan INDIVIDU yang dpt RM2.5 BILLION tersebut?

■ "Tangan ghaib" manakah yang mengkhianati impian rakyat untuk merasai sebuah LEBUHRAYA ini?

□ Terbaru dikatakan syarikat dari Abu Dhabi, dikatakan "Berminat" untuk membiayai projek terbabit, selepas sykt dari Korea tarik diri.

■ Adakah "tangan ghaib" itu mempunyai kepentingan dlm sykt Abu Dhabi tersebut? Sampaikan DING DONG terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan secara terancang sykt Korea terbabit?

☆★ Hal ini perlu dijawab dgn ilmiah oleh Kerajaan Negeri, rakyat perlu tahu;

1. Kenapa syarikat Korea tersebut tarik diri? Adakah disebabkan olrlh kelulusan lombong yang dijanjikan ditarik balik selepas TGNA & Dato Husam tiada dalam Exco Kelantan?

2. Siapakah "tangan ghaib" yang menkucar-kacirkan projek LEBUH RAYA Rakyat ini?

3. SIAPA & SYKT MANA yang dapat 3,000 HEKTAR dengan NILAI RM2.5 BILLION sama dengan 2,500 JUTA itu?

Saya menantikan jawapan yg lengkap, bukan jawapan gopoh. Rakyat perlu tahu dan saya ingin TAHU KEBENARANNYA. - syam ghaz

Tanah lombong Kelantan 3000 hektar untuk beberapa individu ...

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment