Saturday, January 4, 2014

Kehebatan luar biasa Rashid Maidin

Arwah Rashid Maiden pernah ditanyakan oleh para wartawan sama ada benar beliau mampu mengelak peluru tentera-tentera British, Sambil tersenyum beliau menjawab hanya Allah sahaja yg mampu menghalang butir peluru mengenai bapak.. Bapak tiada kuasa yg berkuasa hanya Allah..

Ada orang kata Bapak mampu menyorok disebalik sehelai daun lalang ? sambil gelak Rashid Maiden menjawab.. " Allah boleh menutupi pandangan manusia lainnya terhadap diri kita walaupun kita berdiri tegak di hadapan mereka... Perbanyakkan mengaji agama dan faham setiap kegunaan ayat-ayat Al-Quran. Bapak hanya berserah kepada Allah dan Isyallah, Allah pasti akan membantu kita jika kita berjuang menentang musuh-musuh Allah dan perjuangan kita dgn niat lilahitaala... jangan berpegang dgn perkara-perkara yg khurafat nanti rosak akidah kita.."

Khabarnya Bapak pernah balik ke kampung halaman di Perak ketika berlansungnya perkahwinan anak perempuan Bapak apakah bapak tidak takut diserang dan ditembak ?

" Selaku seorang suami dan seorang Ayah bapak wajib menunaikan tanggong jawab terhadap anak isteri dan keluarga jika tidak Bapak akan di tanya di akhirat nanti.. Bapak lebih takut jika tidak dapat menjawab pertanyaan Allah dari takut ditangkap dan dibunuh.. Alhamdulillah banyak kali bapak bertemu keluarga di kampung Allah sentiasa melindungi Bapak.- Teuku Zacharyah Iskandar

Terlebih dahulu gua ingin mengulas kata-kata beliau seperti di atas. Jika kita baca betul-betl dan memahaminya adalah jelas bahawa Rashid Maidin mengakui kebolehan yang diperkatakan namun meletakkan segala pujian kepada Allah S.W.T.

Komuniskah beliau apabila beliau masih percaya kepada tuhan dan melaksanakan kewajiban sebagai seorang islam walaupun berada dalam kelompok komunis? Salahkah jika gua menganggap persekutuan mereka atas dasar memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu seperti mana tahaluf siyasi PAS dengan DAP menentang BN dan Mujahiddin FSA dengan pejuang kristian Syria menentang Bashar Al Assad?

Adakah PAS kafir kerana bersama DAP dan adakah FSA kafir kerana bersama pejuang kristian Syria?

Antara berita yang berlegar-legar di kalangan rakyat Malaysia tentang kehebatan Rashid Maidin ialah;

1. Ghaib apabila ditembak oleh askar melayu ketika menunaikan solat di belahan pokok besar di dalam hutan

2. Rashid Maidin berdiri di atas pucuk pokok pisang dan menghalau askar melayu pulang sambil berkata " kamu bukan musuh aku dan aku bukan musuh kamu, maka pulanglah kamu untuk menjaga anak bini kamu..." wallahu a'lam.

3. Rashid Maidin pulang ke rumah untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya ketika masih menjalani hukuman di penjara Taiping. Dikhabarkan bahawa beliau pulang untuk meraikan pernikahan anaknya dan bertemu rakan-rakan sekampung untuk seketika sebelum pulang semula ke penjara secara ghaib.

Itu adalah cerita tentang kehebatan beliau yang pernah gua dengar sejak gua kecil kerana kebetulan kampung beliau dengan kampung gua tak jauh.

***Kebanyakan orang-orang kampung gua menyanjung Rashid Maidin.
***Shamsiah Fakeh juga dikhabarkan menguasai ilmu mistik melayu yang tidak kurang hebatnya...

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

3 comments:

  1. Mengapa rashid maidin masih berjuang menentang kerajaan Malaysia sedangkan negara sudah merdeka. Begitu juga dengan chin peng yang turut bersama-sama mensabotaj jalan keretapi dan lain-lain praserana, untuk perjuangan apa selepas negara merdeka.

    ReplyDelete
  2. Yela dah tali barut british yg nak jd pemerintah.....kah...kah...kah...kah...last2 kluar la statement dari menteri tali barut....malaysia tak pernah di jajah....kah...kah...kah...kah...nampak tak.....tak jugak??....kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  3. Yela dah tali barut british yg nak jd pemerintah.....kah...kah...kah...kah...last2 kluar la statement dari menteri tali barut....malaysia tak pernah di jajah....kah...kah...kah...kah...nampak tak.....tak jugak??....kah...kah...kah...

    ReplyDelete