Thursday, September 19, 2013

Harun Taib ingkari presiden PAS

Dewan Ulama Pas berpendirian akan meneruskan kajian tahaaluf siyaasi terhadap PKR untuk menambahbaikan parti walaupun cadangan itu ditolak pucuk pimpinan tertinggi.

Ketuanya, Datuk Harun Taib menegaskan kajian itu dilakukan untuk menjadikan Pas sebagai parti dominan dalam PR bukan 'keluar' daripada PR.

Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan Dewan Ulama yang ditolak Pas Pusat tidak menjadi halangan untuk sayap itu meneruskan kajian sedia ada yang dilakukan sejak 2008.

"Beliau (Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang) tolak tak mengapa, kita tak ada masalah.

"Kita akan teruskan sebab sekarang pun kita sedang jalankan kajian.

"Tahaaluf siyaasi bukan untuk tarik diri daripada PR tetapi untuk menjadikan Pas lebih dominan dalam PR," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. ( nak jadi dominan? wakaka)

Difahamkan, kajian itu telah bermula sejak PRU 2008.

Sinar Harian melaporkan hari ini, Pas tetap akan meneruskan kerjasama dalam PR walaupun Harun mencadangkan agar parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) khususnya dengan PKR.

Abdul Hadi berkata, hubungan dalam PR perlu diteruskan sebagai sistem dua parti dan mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di mata rakyat.

"Sehingga kini, kita teruskan kerjasama dengan PR sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN.

"Tiada sebab untuk Pas mengkaji semula tahaaluf siyaasi ini," katanya.

Sehubungan itu, tambah Harun, beliau yakin cadangan Dewan Ulama akan diterima pakai Pas Pusat terutamanya mengenai cadangan sayap itu pada muktamar lalu supaya Pas tidak mendedahkan calon 'Perdana Menteri' yang pada mulanya tidak dipersetujui Pas Pusat namun akhirnya akur.

"Dulu kita pernah bentang dalam muktamar tahun lepas, calon Perdana Menteri tidak perlu diumum awal, tetapi akhirnya mereka akur.

"Mereka terima juga, mereka pakai juga cadangan ulama," jelasnya.

Selain itu, apabila ditanya mengenai tawaran BN untuk bekerjasama dengan Pas, Harun berkata, "saya tidak mahu layan perkara itu."

Inilah dia ulama ...... Cer cerita macam mana PAS nak jadi parti dominan dalam PR dengan kewujudan UG dalam PAS

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Elok juga para ulama dalam Pas buat kajian, sekurang2nya mencerahkan dan mengaktifkan otak2 beku yang bersarang kat kepala mereka.

    ReplyDelete