Saturday, September 7, 2013

Dr. Yunus Makhyun bekas sekutu Morsi yang belot kini menyesal

Ketua Umum Parti Salafi Hizb An Nur, Dr. Yunus Makhyun, menyesali kejahatan dan kerosakan yang terjadi pasca kudeta atas Presiden Mesir Dr. Muhammad Morsi. Dalam ucapannya pada Khamis (5/9), Makhyun menyebutkan;

“Apa yang dulu kita jadikan celaan kepada Presiden Morsi, itulah yang terjadi sekarang dan lebih buruk,” sesal Makhyun dalam ucapannya.

Lebih dari itu, yang paling teruk menurut Makhyun adalah perlanggaran berat hak asasi manusia, penangkapan tokoh-tokoh politik dan Ikhwan, liputan secara langsung proses penangkapan dan penyebaran secara meluas gambar-gambar penangkapan.

Seperti yang diketahui, Parti An Nur menyokong penggulingan Presiden Morsi yang dilakukan oleh tentera Mesir awal Julai lalu. Parti An Nur yang sebelumnya berkerjasama dengan Presiden Morsi tiba-tiba berubah setelah bertemu dengan puak tamarud dan tentera yang merancang mengkudeta Morsi. Sayangnya, pertemuan itu dikhianati oleh pimpinan tentera Jeneral As Sisi.

Sumber: BersamaDakwah
adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment