Tuesday, September 10, 2013

Dr Tanaka ajar kira taraf kemiskinan berdasarkan negeri



1) Tersebar berita mengenai pendapatan rakyat Kelantan terendah, Kelantan negeri kedua termiskin selepas Sabah.

2) Fakta yang dikemukakan adalah purata pendapatan. Noob!

3) Pengalaman saya menjelajah dan berkampung di Kelantan beberapa tahun berbeza aktiviti ekonominya berbanding rakyat negeri lain.

4) Semua orang sedia maklum, orang Kelantan kebanyakannya berniaga, hatta kakitangan awam juga berniaga sebagai sumber pendapatan. Atau boleh juga kita sebut, berniaga adalah pekerjaan utama bagi sesetengah mereka, manakala bekerja di sector awam adalah sambilan.

5) Tidak kisah bergaji kecil, buat belanja harian, tangung keluarga. Manakala pendapatan hasil perniagaan sebagai hasil kekayaan dan diguna untuk membeli rumah, kereta, dan sebagai modal berniaga dan sebagainya.

6) Malah hasil perniagaan, boleh pula diguna membantu saudara mara yang kesusahan, kawan-kawan yang tersepit.

7) Urusniaga mereka bayaran tunai, walaupun berjumlah ribuan ringgi. Bukan semua, tapi itu pengalaman saya. Mereka peniaga keropok, pengusaha gerai makanan, peraih ikan dan sebagainya.

8 ) Urusniaga berhutang jarang berlaku. Mereka berurusniaga dengan pajak gadai ar-rahnu sebagai modal perniagaan jika mereka tidak mempuyai cairan. asset mereka menjadi cagaran.

9) Harga rumah double storey bawah RM200,000 sudah cukup selesa, berbanding rumah negeri lain. Di negeri lain rumah yang lebih kurang sama, mau RM250,000 ke atas.

10) Kos sara hidup yang rendah, walaupun bergaji bawah RM 2000 sebulan sudah selesa. geng putrajaya boleh ke survive kalau gaji RM2000?

11) Purata pendapatan rakyat negeri lain dikatakan tinggi. Di Kedah, jika pendapatan syed mokhtar bukhari dimasukkan sekali dalam kiraan purata, memang Kedah jadi negeri purata berpendapatan tinggi lah. walhal puluh ribu rakyat papa kedana.

Sekian

Dr Tanaka
adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment