Friday, September 20, 2013

Dalam PAS memang ada kelompok UG - Zaid Ibrahim

Kesediaan Umno untuk mewujudkan kerjasama dengan pembangkang khasnya dengan PAS hanyalah sekadar usaha memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR), kata bekas menteri dari Umno, Datuk Zaid Ibrahim.


Zaid, 63, dalam temuramah eksklusif dengan The Malaysian Insider berkata, kesediaan mewujudkan kerjasama yang dilontarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanyalah untuk memanaskan keadaan dan bukan tindakan ikhlas untuk mewujudkan kerajasama berkenaan.

"Muhyiddin mengambil kesempatan, PAS perlu kekal dalam Pakatan," katanya, dan menambah lontaran Muhyiddin dibuat memandangkan wujudnya gesaan dari sayap Ulama PAS untuk mengkaji semula hubungan parti Islam berkenaan dengan rakan komponen pembangkang dari PKR.

Zaid yang meningalkan Umno selepas 23 tahun bersama parti Melayu itu berkata, PAS perlu kekal dalam PR bagi mengekalkan sistem dwi parti seperti sedia ada.

Muhyiddin pada Selasa lalu berkata, Barisan Nasional (BN) sentiasa terbuka mengambil apa jua langkah termasuk mengadakan perbincangan bersama PAS bagi tujuan menyatupadukan umat Islam.

"Kita tidak kisah bekerja bersama PAS atau Pakatan sekiranya ia demi kepentingan Muslim di negara ini dan kita yakin sekiranya Umno bekerjasama dengan PAS banyak yang dapat dicapai," katanya dalam Program Sesi Dialog Timbalan Perdana Menteri bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dalam ucaptamanya semasa Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan PAS mencadangkan kerjasama politik di antara parti Islam itu dan PR terutamanya PKR dikaji semula.

Ini ekoran rasa tidak puashati mereka dalam kerjasama dengan PR khususnya PKR.
Cadangan itu kemudiannya diangkat sebagai resolusi dalam multaqa itu.

"Umno bukan inginkan sangat dia (PAS), tetapi dalam PAS memang ada kumpulan yang inginkan kerjasama dengan Umno," kata Zaid yang pernah bersama PKR selama setahun sebelum mewujudkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

  ini bukti kewujudan kelompok UG dalam PAS
poll ini dilaksanakan pada Nov 2013 di wasukalu.com

Kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS telah lama diperkatakan, namun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak idea berkenaan.

"Selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” kata bekas Menteri Besar Kelantan itu.

"Tidak ada sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli,” katanya.

Umno berjaya menambah kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu, dengan pertambahan kepada 133 daripada 88 kerusi pada pilihan raya sebelumnya.
Manakala PAS kehilangan Kedah, namun masih kekal di Kelantan.

Nik Aziz mendakwa Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS dan selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

***Banyak desas-desus mengharapkan TGNA mati cepat kerana TGNA satu-satunya tonggak utama penghalang usaha UG ini.

Gerombolan Jumpa TGNA (19 okt) Merayu Ajak Bersatu

Tiada penyatuan PAS-Umno selagi saya hidup -TGNA

Usaha Bodek PAS bersatu dengan UMNO diteruskan Ustaz Nasha


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment