Saturday, September 28, 2013

Bro Azman yang dakwa ditendang isteri Mat Yo bergaya dengan kereta mewah

ko ingat kete cooper ko tu cangih? mai la tengok kete yang aku naik ni... wakaka. cooper ko tu boleh beli tiga la.... sebijik kete ni sama dengan 4 bijik kete ko, ko tau tak??? Begitulah agaknya kata hati Bro Azman... 
Glamor sekarang beb.... Itulah rezeki orang. Walau pun bukan rezeki berbentuk kewangan dan harta benda namun pelbagai rezeki datang bergolek kepada Encik Azman yang diherdik isteri seorang pemain bola sepak popular tanah air.

Rezekinya yang pertama adalah dikunjungi ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Binti Anwar semalam. Kunjungan tersebut dirakan dan gambarnya diedarkan di internet tetapi gua cari semula tak jumpa dah... Selepas itu beliau dikunjung seorang pemain bolasepak sensasi negara yang kini bermain untuk pasukan tentera, Hairudin Omar bersama-sama sebahagian pemain ATM. (update 11.57 pm gambar En Azman bersama YB Nurul Izzah dah dapat... ada kat bawah tuuu)

Dan terkini beliau diberi peluang bergambar di dalam sebuah kereta sport canggih milik seorang pemuda melayu yang turut mengabadikan gambar bersama beliau. Sebuah blog mendakwa pemuda tersebut adalah seorang ushawan yang menghadiahkan kereta tersebut kepada Bro Azman. Tetapi gua sangsi dengan maklumat tersbut.

Itu pun rezeki juga.. Orang lain termasuk gua tak pernah rasa naik kereta secanggih itu... jeles la pulak... wakaka.. Sabar pokcik ya! Ada rezeki menang saman nanti merasa la pegang duit banyak ... In Shaa Allah..
Pergh bangga beb... YB paling jelita datang beri sokongan.. 
Sapa lawa...
Awek yang sebelah pakcik atau bini orang yang tendang pakcik?
Selalunya bintang sukan dikejar peminat tetapi dalam kes Pakcik, Hai O sudi datang lawat pakcik
Team ATM.. sokongan padu untuk pakcik. Cukup sifat.. orang putih ada, orang hitam ada orang sawo mateng pun ada... wakaka


Yang ini bikin gua ati panas!!! wakaka

Bat man pun tau hormat orang tua... kihkihkih. Tunduk jer bila kena 'sound'




lakonan semula aksi pertengkaran popular tersebut... lawak siot!!!


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. Lepas ni semua yang muda-muda nak jadi pengawal keselamatan macam Pak Cik..Semoga tuhan murah rezeki.Selamat bertugas dengan amanah.

    ReplyDelete
  2. Elok masing masing menunjukan kekuatan dan keupayaan dgn menilai harta kekayaan sebagai lambang keagongan n kemulian..walhal jelas dlm Alquraan bahawa Allah menilai kemuliaan hamba nya yg.Taqwa dan Beriman..

    ReplyDelete