Sunday, September 1, 2013

Britain tidak sertai AS dalam misi menyerang Syria

LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron, kelmarin gagal dalam undian terhadap usul yang dibentangkan di Parlimen bagi menyertai rakan sekutunya untuk menyerang Syria.

Seramai 285 Anggota Parlimen (AP) menentang sementara 272 undi menyokong usul ketenteraan sebagai tindak balas ke atas tindakan rejim negara itu menggunakan senjata kimia.

Undian Parlimen Britain itu melambangkan pandangan rakyatnya yang sudah serik dengan sebarang penglibatan ketenteraan di luar negara selepas penglibatan berlarutan tentera mereka di Iraq sebelum ini.

Encik Cameron berkata meskipun beliau percaya senjata kimia memang digunakan di Syria pada minggu lalu, beliau tetap menghormati keputusan Parlimen Britain.

Apabila ditanya oleh pemimpin Parti Buruh, Encik Ed Miliband, jika beliau berjanji tidak membelakangkan kehendak Parlimen, Encik Cameron berkata: http://bit.ly/15I89g1

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment