Monday, September 16, 2013

Blogger Perisik Rakyat kantoikan papagomo

Mohd Fauzi Mohd Azmi aka Topeng Perak Unmasked - blogger perisik rakyat.com
Seorang penulis blog yang memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman Abdul Razak Mohd Noor  Papa gomo, mengaku mengenali Wan Muhammad Azri sebagai Papagomo apabila mereka bertemu dalam satu sidang penulis blog pada tahun 2009

Mohd Fauzi Mohd Azmi yang mempunyai blog dikenali sebagai 'Perisik Rakyat' dan dalam keterangan saksi itu menyatakan beliau dapat mengecam defendan setelah defendan sendiri memperkenalkan dirinya sebagai 'Papa Gomo' ketika menghadiri satu persidangan bloggers di Lake View Garden, Subang Jaya pada 16 Mei 2009.

"Saksi itu, yang turut diperkenalkan kepada seorang blogger lain yang dikenali sebagai 'Parpukari' semasa persidangan itu berkata beliau telah mengambil gambar defendan dan 'Parpukari' dan gambar itu dikemukakan sebagai bahan bukti dalam kes ini," katanya.

Vazeer Alam berkata mahkamah percaya gambar yang diambil adalah gambar mereka walaupun muka mereka tidak dapat dilihat dengan jelas kerana mereka cuba melindung separuh daripada wajah mereka dengan tangan.

"Apabila mahkamah membandingkan ciri-ciri wajah muka dalam gambar itu dengan ciri-ciri defendan semasa hadir di mahkamah, saya dapati ianya sama dan jelas menunjukkan bahawa defendan yang dipaparkan dalam gambar itu," katanya.

Beliau berkata walaupun defendan menafikan beliau merupakan orang di dalam gambar itu, mahkamah mendapati penafian defendan adalah satu pembohongan kerana keterangan Mohd Fauzi bahawa beliau telah berjumpa dengan defendan dan 'Parpukari' di persidangan itu tidak dicabar oleh peguam yang mewakili defendan.

Vazeer Alam berkata keterangan Mohd Fauzi bahawa terdapat nama, gambar serta nombor telefon defendan yang dimuatkan dalam blog isterinya adalah sama dengan nombor telefon yang digunakan saksi itu untuk menghubungi blogger yang dikenalinya sebagai 'Papa Gomo' dan keterangan itu juga tidak dicabar oleh peguam.

adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. hehehe. senang anwar nak saman lepas ni.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dan tahniah buat Perisik Rakyat. Macai-macai umnoapco ingat selamanya mereka dapat berlindung dari capaian mata manusia, Meraka sememangnya tidak terfikir bahawa di Yaumil Mahsyar nanti satu dunia akan melihat mereka dan tika itu mereka nak elak macamana? Base umnoapco kufur!

    ReplyDelete