Thursday, September 19, 2013

Abah Anas and the gang dibebaskan


Keputusan hakim ialah hukuman terhadap13 orang ditangguhkan sehingga rayuan telah diterima. dengaan syarat dikekallkan 3k jamiman - Dr. Mujahid Rawa

Urus ikat jamin di Kuala Kangsar, kemudian akan dibebaskan di Penjara Tapah - Nashita
Alhamdulillah, akhirnya doa 13 orang yang dizalimi dan semua yang bersimpati makmulkan, Takbir!!!

Pukul 10 lebih baru hakim masuk.
Asmuni Awi memulakan penghujahan bagi pihak 13 OKZ dam memohon penangguhan hukuman.

Hanipa Maidin menyambung penghujahan dengan merujuk kes rogol kanak-kanak 5 tahun. Yang dihukum boleh diikat jamin dan bebas. Mengapa pula mereka ini tidak boleh ditangguh hukuman.

Hanya hukuman mandatori saja yang Mahkamah letakkan hukuman 2 tahun. Ini hanya kesalahan bawah sek 145 dan mereka yang terlibat tidak pernah melakukan kesalahan.

Maka adakah wajar Mahkamah mengenakan hukuman 2 tahun.
Sek 27 (4) akta polis dan sek 145 akta jenayah. Keduanya mesti melibatkan perhimpunan aman dan mesti bersurai. Sedangkan mereka telah dibebaskan di bawah akta polis sek 27(4) tetapi di dapati bersalah bawah sek 145 penal code.

Peguam ketiga, Agustine pula mengemukakan penghujahan. Beliau bersama Aminuddin adalah peguam yang mengendalikan kes ini sejak 5 tahun lalu tanpa sebarang bayaran.

Hakim senyum-senyum saja mendengar hujahan peguam kami Augustine Anthony. Beliau menegaskan tetang keadaan kesihatan OKZ juga perjalanan kes sebelumnya. Ramai mereka yang sudah kehilangan kerja dan sudah 'terhukum'.

Peguam ke 4 Charan Singh pula sambung penghujahan.
DPP bangun dan bantah permohonan penangguhan hukuman dan merasakan hukuman mandatori wajar.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/09/eputusan-hakim-mahkamah-tinggi-taiping-bebas.html#ixzz2fLNNTh00

adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment