Wednesday, August 21, 2013

wayang PTPTN berakhir - Khairy umum berita gembira

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, perkara itu baru diputuskan kabinet dalam mesyuaratnya sebentar tadi.
"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

"Terima kasih pada PM & menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," kata Khairy dalam twitnya pagi ini.
CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Kelmarin Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar bermula bulan ini.

Katanya, menerusi pendekatan tersebut, peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya.

Sebelum pembatalan cadangan itu diumumkan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan cadangan kerajaan tersebut sebagai satu lagi bentuk penganiayaan kepada peminjam setelah mereka dibebani dengan pinjaman pengajian.

"Perlu diingat bahawa isu utama di sini bukanlah semata-mata bagaimana kerajaan boleh memudahkan pemulihan pinjaman," katanya dalam satu kenyataan.

"Isunya ialah kegagalan kerajaan Umno-BN dalam melaksanakan tanggungjawab keadilan sosial mereka menyediakan pendidikan tinggi percuma terutamanya kepada yang kurang bernasib baik," katanya lagi.


adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. dah agak dah... bila sibodoh dilantik jadi mentri pelajaran/pendidikan.. hanya bab kutip utang ajelah yg dia boleh pikir... bab2 lain yg jauh lebih penting otak dia tak mampu nak pikir... pasal apa kera-jaan ni menafikan kebolehan profesor2 kangkong yg berlambak2 kat msia ni utk jadik menteri pelajaran, nak jugak lantik org bonggok... atau memang sah profesor2 di sisni memang ramai yg kangkong... yg cerdik takkan dilantik memegang jawatan... itu standard kera-jaan sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, saya amat setuju. Kalau dah ddk Kat Kerusi, mesti Kena buat ape2.so dah terlanjur sampai Nak blacklist 70% remaja Malaysia, lps tu kutuk pula jenayah meningkat.

      Delete