Saturday, August 3, 2013

Turki gantung 27 perjanjian dengan Mesir

Kerajaan Turki hari ini menggantung sebahagian perjanjian yang termeterai antara Ankara dengan Kaherah berjumlah 27 buah perjanjian yang merangkumi berkaitan perhubungan, pengajian dan kesihatan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Tayyib Erdorgan sewaktu lawatan beliau ke Mesir tahun lepas.

Beberapa buah akhbar Turki hari ini melaporkan keputusan tersebut diambil oleh kerajaan sebagai protes terhadap "rampasan kuasa" yang menyebabkan kematian 200 orang warga Mesir dan mencederakan ribuan yang lain, iaitu merujuk tragedi berdarah pagi 27 Julai lalu.

Tindakan tegas itu menyusul selepas ucapan Erdorgan pada petang Ahad lalu ketika menghadiri majlis jamuan berbuka puasa di bandar Istanbul yang mengecam "pembunuhan yang membunuh 200 orang" dan berkata, "Kita tidak akan berdiam diri dengan apa yang berlaku di Mesir."

Sumber: Sumber: http://rassd.com/1-68136_تركيا_تعلق27_اتفاقية_مع_مصر_بسبب_الانقلاب_ومجازره

via Ustaz Abdul Malik

adios

No comments:

Post a Comment