Wednesday, August 28, 2013

Turki, AS, Britain, dan Perancis sedia serang Syria

Ahmad Davutoglu
Ahmad Davutoglu mengatakan negaranya akan bergabung dengan mana-mana sekutu untuk menyerang Syria meskipun Dewan Keamanan PBB belum mencapai persetujuan dalam hal ini.

Ahmad Davutoglu menambah,”kami selalu memberikan keutamaan kepada masyarakat antarabangsa melalui keputusan PBB, tetapi jika hal tersebut tidak berlaku maka alternatif lainnya akan diambil."

Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri Britain, David Cameron Setuju pada dasarnya untuk mula menyerang Syria dalam tempoh dua minggu akan datang setelah berbincang melalui telefon selama 40 minit pada hari Sabtu .

Perancis yang telah lama menbuat seruan memerangi Assad dilaporkan akan turut serta dalam serangan tersebut

Pegawai British dilaporkan berkata akan memonta sokongan PBB tetapi tidak mengharapkan untuk sokongan tersebut. Amerika dan British bersedia untuk mengabaikan PBB dan melancarkan serangan ke atas Syria.

Serangan awal dijangka dijangka dilakukan ke atas 'pusat operasi dan arahan' tentera dan pengkalan tentera Syria untuk memusnahkan seekurang-kurangnya 80% senjata kimia Assad dengan menggunakan peluru berpandu dari kapal-kapal perang Amerika Syarikat yang telah berada di Laut Mediteranean sejak beberapa hari yang lalu.

Media juga melaporkan bahawa tiada serangan darat akan dilakukan. Ini bermakna kekuatan darat kedua-dua pihak iaitu tentera Asad dan mujahiddin tidak akan terusik.


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment