Thursday, August 22, 2013

Tanah lombong Kelantan 3000 hektar untuk beberapa individu - Husam

Kenyataan Husam kali ini sangat menyakitkan hati. Segalanya membuktikan telahan gua terhadap ucapannya terdahulu semakin menampakkan kebenaran.

Dalam ucapan terdahulu Husam ada menyebut ,
Tetapi kalau kerajaan ini bersifat duniawi yang nak mengaut balak, lombong, Nauzubillah… Ampunkan saya kalau saya berdiri di dalam dewan untuk memperbetulkan kerajaan,” kata Naib Presiden PAS itu dipetik dari Sinar Harian Online.

Berdasarkan kenyataan tersebut gua sudah dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena lalu membuat keputusan menulis Projek Balak dan lombong punca Husam dipinggirkan??  dan menyebarkannya kepada yang berminat .

Berikut adalah khabar terkini dari Husam.... bandingkan tulisan berwarna biru di atas dengan tulisan berwarna biru di bawah agar anda dapat memahaminya... silakan!

Datuk Husam Musa memohon maaf kerana tidak dapat menerima tawaran kerajaan negeri Kelantan untuk menjadi pengerusi kepada dua anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd dan Tunjong Development Corporation.

Kedua-dua GLC ini pernah dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS itu semasa masih menjadi Exco kanan kerajaan negeri di bawah pimpinan bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya tidak pernah di rundingi untuk perlucutan dan pelantikan mana mana anak syarikat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu mengulas tawaran yang dibuat oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider hari ini.

Menurut Husam (gambar kanan), beberapa syarikat yang dipengerusikan dan ditubuhkan olehnya sebelum ini telah ditarik balik darinya.

"Jika saya diberi pilihan, saya lebih berminat untuk mempengerusikan Baldah Toyyibah yang telah dilantik sebagai peneraju utama pembinaan lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai dan saya merasa bertanggungjawab untuk memastikan pembinaan lebuhraya tersebut menjadi kenyataan," tambah Husam dalam satu kenyataan bertulisnya kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

"Sebenarnya, semua susunan pembiayaan telah di atur semasa saya ditugaskan dulu," tambah beliau.

Menurut Husam, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13 (PRU13), Kelantan telah meluluskan satu kawasan perlombongan besi di Sungai Tuang, Gua Musang dengan nilai RM 2.5 bilion yang dijadikan cagaran pembayaran lebuhraya berkenaan.

"Saya di fahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut telah ditarik balik dan dicadang diluluskan kepada beberapa individu tertentu. Selain itu, saya telah menubuhkan anak syarikat perlombongan kerajaan untuk tujuan memajukan sendiri perlombongan dengan skala besar, teknologi moden dan tambah nilai melalui pemprosesan dengan nama Az Zahab.

"Alhamdulillah selepas hanya tiga bulan diluluskan lesen pertama perlombongan emas kami telah mengeluarkan emas pertama (gambar kiri) minggu lepas. Selain itu kami telah mendapat kelulusan perlombongan mengganese yang boleh digunakan untuk hub pemprosesan tambah nilai dan nilai lombong itu sahaja di anggarkan bernilai setengah billion ringgit," kata Husam kesal.

Az Zahab, katanya, ditubuhkan untuk menyokong pembinaan lebuhraya dan stadium baru.

"Saya berharap kerajaan negeri boleh menjaga aset ini dengan sebaiknya," kata Husam.

"Alhamdulillah semasa saya diamanahkan untuk mempengerusikan anak ank syarikat ini kesemuanya mencatitkan keuntungan," katanya.

PMBK Sawit sahaja telah mencatat keuntungan sebanyak RM8 juta sehingga Jun tahun ini, katanya.

"Saya berharap pengerusi yang baru boleh menjaga amanah ini dengan sebaiknya.

"Saya juga ingin merakamkan rasa hairan bagaimana sesetengah pengerusi yang tidak berfungsi tidak dtukarkan," kata Husam.

KPK misalnya mencatat kerugian dan terdapat banyak urusniaga yang meragukan berlaku.

Anak syarikat perladangan sawit seperti Ladang Relai juga mengalami kerugian, beritahu beliau.

"Saya berharap kerajaan negeri melantik satu audit bebas ke atas anak syarikat penting yang sepatutnya untung tetapi sebaliknya rugi," tambah Husam memberikan cadangan. – 21 Ogos, 2013.

Kepada siapa tanah lombong itu diberikan?

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

5 comments:

  1. Tanda Tanda Kelantan akan bertukar Kerajaan pada PRU14 kian Jelas....

    Kita tunggu dan lihat....

    ReplyDelete
  2. Bersedialah kekalahan kerajaan Pas Kelantan dalam PRU14 nanti!!! Kalau dah perangai kerajaan baru ni sama macam umno, lebih baik pilih umno saja sekurang2nya ada juga peluang untuk dapat royalti minyak Kelantan.

    ReplyDelete
  3. Dato' Husam sudah nampak kepincangan didalam kerajaan negeri sekarang...jikalau dia menyanggupi lantikan yang diberi...maka dia juga terpaksa bertanggung jawab, mungkin juga utk memerangkap dia,malahan mungkin dia yang akan disiasat BPR. kalau kerajaan PAS sekarang yang ala2 UMNO nak menjatuhkan Dato' Husam,(kerana dengki), sedarilah ...bahawa Dato' Husam adalah aset yang amat berharga buat PAS. Dia merupakan anak didik TGNA. Jikalau kerajaan PAS negeri tak mahukan dia..puak2 UMNO memang dah lama nak pancing dunia. Jangan ingat Dato' Husam boleh dipancing dengan harta dunia..

    ReplyDelete
  4. nate apo ni, buat kijo tak pandai, pah nanti nak kekah harta rakyat. nak kaya cari sendiri mu juga royat cari rezeki hok halal

    ReplyDelete
  5. Husam pandai declare saja....buat taik situ sini....lps tu org lain kena sapu...betul ke untung 8j....org kg kota kenal sapa husam...

    ReplyDelete