Saturday, August 3, 2013

Syria - Ketika kaum lelaki berperang , kaum wanitanya diperangkap untuk murtad

Gadis manis Syria bersama mubaligh USA di Jordan
Berita menyedihkan dari Jordan yang menmpatkan beribu-ribu pelarian perang Syria. Kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Sekumpulan 'pendakwah' kristian dari USA telah 'meraikan' saudara-saudara seakidah kita dari Syria yang telah menjadi pelarian di Jordan, di sebuah gereja di negeri itu.

Apa yang amat menakutkan dan membimbangkan kita ialah mereka telah mengambil kesempatan untuk berdakwah dan menyebarkan agama anutan mereka atas kesempitan saudara Syria kita.

Mereka menunjukkan kasih sayang dan memberi keyakinan bahawa rakyat Syria akan selamat bersama mereka. Demi menunjukkan kasih sayang mereka, mereka sanggup membasuh kaki wanita-wanita Syria yang ketandusan kasih sayang kerana terpisah dari keluarga terutama suami.

Para pendakwah ini mempunyai pengetahuan psikologi yang tinggi atau setidak-tidaknya program mereka dirancang oleh seorang yang pakar dalam bidang psikologi. Untuk memunjuk seseorang yang dalam serba kekurangan, mereka menggunakan segala elemen psikologi bagi tujuan mengkristiankan wanita-wanita yang lemah di kem pelarian Jordan.

Di sini saya ingin menyeru semua, bantulah mereka.

Dermalah walau berapa pun jumlahnya. Mereka sangat memerlukan sokongan dalam bentuk kewangan sekarang. Sebarkan video ini supaya umat Islam tahu apa yang sebenar berlaku di Syria.



adios

No comments:

Post a Comment