Saturday, August 17, 2013

Sultan Mohd Akjan dakwa temukan dua PM Malaysia dengan Kiram

RCI SABAH Sultan Mohd Akjan Ali Muhammad yang mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Sabah, hari ini mendakwa beliau telah mengatur pertemuan antara dua bekas perdana menteri Malaysia dengan kesultanan Sulu.

Ketika memberi keterangan di hadapan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, Akjan berkata kedua-dua bekas perdana menteri itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga dikenali sebagai Pak Lah.

NONE"Sejak tahun 1970-an (Sultan) Jamalul Kiram (yang mengisytiharkan
dirinya sebagai sultan Sulu - kiri) meminta bantuan saya. Saya membantu beliau untuk bertemu Mahathir pada 1980-an tetapi saya tidak tahu apa yang mereka bincangkan.

"Selepas itu, Ismail Kiram (adik Jamalul itu) datang untuk bertemu dengan Pak Lah," katanya kepada RCI di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pagi ini.

Akjan berkata beliau bersetuju untuk mengatur pertemuan itu dengan syarat mereka akan melepaskan tuntutan mereka ke atas Sabah.

"Tetapi pada 2000-an, matlamat mereka nampaknya telah berubah dan mereka mahu menuntut Sabah di Mahkamah Keadilan Antarabangsa," katanya.

Jamalul kemudian mengarahkan serangan ke Sabah pada bulan Februari tahun ini, yang mengakibatkan kematian sembilan anggota pasukan keselamatan Malaysia, yang terburuk sejak pemberontakan Komunis.

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment