Saturday, January 4, 2014

Roh kembali ke bumi dalam bulan ramadhan



Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.

Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.

Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.

Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.

Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.

Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh.

Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan.........

Renungkanlah......

Takbir!

oleh - Kembara Hijau

adios

6 comments:

  1. Maaf, apa sumber karangan ini. Hati-hati

    ReplyDelete
  2. Maaf, apa sumber karangan ini. Hati-hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. kembara hijau.. ini linknya https://www.facebook.com/photo.php?fbid=300612516750488&set=a.111824285629313.20565.100004052273994&type=1&theater
      artikel di sini disiar untuk diperbincang. kesahihan maklumat perlu dirujuk pakar dalam bidang agama. penyiaran di sini cuma membangkitkan isu. rujuk gua punya Disclaimer.terima kasih atas nasihat saudara.

      Delete
    2. isu ini pernah diperbincang. Ada orang cabar seorang ahli perbincangan supaya meletakkan tepung dalam talam di muka pintu pada waktu malam.. tidak pasti sama ada orang yg dicabar melakukannya atau tidak

      Delete
  3. ulama tersohor Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi pernah menyebut, roh tidak akan mencampuri urusan dunia yang sudah tidak lagi berguna kepadanya.

    Dalam erti kata lain, roh berada di suatu alam lain dinamakan alam barzakh yang kehidupannya jauh beza dengan kehidupan di dunia.

    “Alam ini adalah jangka waktu antara kematian dengan hari kiamat. Roh orang yang beriman akan menerima balasan yang baik di alam barzakh manakala roh daripada golongan yang gemar membuat maksiat akan diazab.

    “Dalam satu hadis sahih sudah dinyatakan, hanya ada tiga perkara yang menghubungkan dunia dengan roh iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa-doa daripada anak-anak yang soleh.

    “Tidak ada gunanya pun jika roh itu boleh kembali ke dunia sekiranya kepulangan mereka itu tidak memberi manfaat untuk roh mereka sendiri,” ujarnya.


    menurut penceramah bebas, Zaharuddin Abd. Rahman, roh tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia sama ada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya.

    “Dakwaan roh pulang ke rumah sempena hari-hari tertentu tidak benar. Jika ada yang pernah melihat makhluk menyerupai si mati dan kedengaran suara menangis, menurut ulama ia bukanlah roh si mati sebaliknya angkara jelmaan jin dan syaitan yang menyerupai si mati. Tidak lebih daripada itu,” jelasnya.

    Hujahnya itu dirujuk kepada firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 99 dan 100 yang bermaksud:

    “Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka (orang kafir) dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan.”

    Zaharuddin berkata, ayat ini jelas memberitahu bahawa barzakh adalah tembok yang menghalang roh orang yang telah mati daripada kembali ke dunia.

    “Begitupun, ada juga ulama yang berpendapat, roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur melalui mimpi,” katanya.


    menurut seorang tokoh agama, Datuk Dr. Haron Din, roh tidak boleh kembali ke dunia dan manusia juga tidak boleh masuk ke alam barzakh tanpa sebab.

    “Kalau kita beranggapan roh orang yang telah mati boleh kembali ke dunia dan boleh ke sana ke mari, seolah-olahnya di alam barzakh itu tiada seksaan kubur, tiada balasan dan roh-roh ini hidup bebas keluar masuk ke alam dunia. Anggapan tersebut salah sama sekali.

    “Disebabkan itu, kita harus yakin dan percaya bahawa roh si mati tidak boleh pulang ke dunia untuk menziarahi keluarga, rumah, kubur dan sebagainya,” jelasnya.

    Tambahnya, hanya pada hari kiamat nanti, jasad akan dijadikan semula dan roh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah.

    “Alam barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat. Roh yang memasukinya akan kekal di dalamnya.

    “Ibarat bayi yang hidup di alam rahim, apabila lahir ke dunia, bolehkah bayi tersebut kembali ke alam rahim? Sudah tentu tidak,” ujarnya.



    ReplyDelete
  4. rujuk pada ulamak lah..jgn percaya terus dari artikel ntah siapa penulisnya

    ReplyDelete