Thursday, August 8, 2013

Renungan Jumaat

Rasulullah s.a.w., bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya dunia ini ialah perhiasan, dan tiadalah sesuatu dari perhiasan dunia itu yang lebih baik daripada seorang isteri yang solehah."

Rasulullah s.a.w.telah menggolongkan seorang isteri yang solehah itu ke dalam kategori perhiasan2 dunia yang amat digemari oleh manusia. Berbahagialah seorang lelaki yang beristerikan seorang wanita yg solehah yang akan menyebabkan kerukunan dalam rumahtangganya dan menimbulkan ketenangan dlm kehidupan dunianya.

Dan celakalah seorang suami yang beristerikan seorang wanita yang taleh (jahat) yang tentu sekali akan menyebabkan keruntuhan dalam rumahtangganya, dan membawa kesialan dalam kehidupan dunianya, dan kemudian berterusan pula kepada kehidupan akhiratnya.

Renungkanlah. Slmt berbakti. ~Senyum Sokmo~. :-)

No comments:

Post a Comment