Saturday, January 4, 2014

Protes di Turki sebenarnya cubaan syiah alawiyah untuk jatuhkan kerajaan Islam

Baru-baru ini umat Islam digemparkan dengan protes dan rusuhan bermula pada 27 Mei 2013 di Istanbul, Turki.

Kelompak Sekular dan Syiah tidak berpuas hati dengan undang-undang baru Turki yang mengharamkan penjualan arak pada jam 10 malam sehingga jam 6 pagi serta tidak dibenar menjualnya di kawasan yang berdekatan dengan Masjid dan Sekolah kecuali di sekitar kawasan perlancongan.

Sebenarnya bukan itu sahaja, kelompok Syiah juga tidak berpuas hati dengan cadangan Kerajaan Turki untuk mencipta sebuah lagi jambatan baru di Turki yang dinamakan Yavuz Sultan Selim Köprüsü.Kelompok Syiah dari kalangan Alawi tidak berpuas hati dengan nama jambatan tersebut kerana kebencian dan dendam kesumat mereka terhadap Sultan Selim yang terkenal dengan sikap antinya terhadap Syiah.

Sultan Selim bertindak menghalang habis-habisan pengaruh Syiah daripada terus tersebar di empayar Turki khususnya yang datang daripada Kerajaan Syiah Safawiyah ketika itu.Kelompok Syiah di Turki begitu marah dan memprotes sikap Kerajaan Turki yang kononnya bagi mereka cuba mencetuskan kemarahan mereka.

Kita wajib juga perlu ketahui bahawa KETUA PEMBANGKANG TURKI iaitu Kemal Kılıçdaroğlu merupakan seorang SYIAH ALAWIYAH dan beliau begitu berbangga dengan pengakuan beliau di sebuah akhbar tempatan Turki pada Julai 2011."Saya seorang Alawiyah (Syiah) dan semenjak bila ianya menjadi suatu jenayah untuk menjadi seorang Alawi di negara (Turki) ini?" - katanya.

Ternyata pengakuan ini mengejutkan banyak pihak di Turki kerana sebelum ini beliau hanya berselindung di sebalik nama sekular, walhal dalam diam beliau membawa agenda jahat Syiah!Umat Islam kini telah mengenali siapakah Syiah dan apakah agenda mereka terhadap dunia Islam.Apa yang berlaku di Syria cukup membuktikan bahawa betapa bahayanya kelompok Syiah Alawiyah ini yang sememangnya sangat membenci umat Islam.

Alhamdulillah umat Islam di Turki telah mengajar kelompok Syiah ini dengan mengadakan sebuah perhimpunan besar-besaran pada 15 Jun bagi menyokong Kerajaan Turki yang dinamakan sebagai ‘Perhimpunan menghormati Negara’ ianya dianjurkan di beberapa buah Negeri di Turki seperti Ankara,İstanbul dan Sincan.Perhimpunan ini mendapat sambutan yang sangat mengejutkan apabila jutaan rakyat menghadirinya bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Kerajaan Islam Turki.


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

2 comments:

  1. Adakah yang dinamakan Al-Dajjal itu sebenarnya Syiah???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kemungkinan juga saudara. Al-Dajjal berfungsi utk menyesatkan. Dijanjikan Syurga tp sebenarnya adalah Neraka.. Disangkakan Neraka itulah sebenarnya bakal diberikan Syurga.

      Ambil contoh di Syria saudara, sy sgt bingung/terkejut bagaimana penyokong syiah yakni penyokong regim Assad sanggup mencium dan menyembah potret Assad drpd sekecil2 gmba kpd yg sebesar2 billboard. Seolah2 menjadikan Assad sebagai sembahan mereka mensyirikkan Allah. Jika saudara ada waktu boleh tgk di youtube tajuknya The Light Reloaded byk membincangkan tentang Syiah dan musuh2 Islam dan kebangkitan sistem Khalifah Islam tidak berapa lama lg dr skrg. Insya-Allah.

      Delete