Monday, August 5, 2013

Pelacur kanak-kanak under 14 RM 20 sahaja - hanya di Melaka

MELAKA - Harga yang ditawarkan untuk enam pelacur kanak-kanak hanyalah RM20 bagi setiap sesi berserta pil psikotropik untuk menjadikan mereka khayal.

Keenam-enam mereka yang semuanya berusia di bawah 14 tahun, telah ditahan ketika operasi anti-narkotik dijalankan oleh beberapa agensi penguatkuasaan.

Apabila ditanya, mereka mengaku secara rela menjual diri mereka untuk khidmat seks bagi mendapatkan bekalan dadah mereka.

Pihak berkuasa mendapati sukar untuk mendakwa mereka yang mengadakan hubungan seks dengan gadis-gadis bawah umur ini kerana identiti ‘pelanggan’ tidak diketahui.

“Dan, anak-anak gadis ini enggan memeberitahu nama mereka,” kata Pengerusi Pembangunan Keluarga, Wanita dan Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar.

Beliau percaya terdapat banyak lagi gadis-gadis yang bersedia untuk dieksploitasi secara seksual kerana mereka mengalami ketagihan dadah.

“Kita bimbang. Pelacur remaja amat terdedah kepada HIV kerana kekurangan pengetahuan atau akses kepada kaedah pencegahan,” katanya.

Latipah berkata polis baru-baru ini menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang telah memaksa teman wanita berusia 13 tahun dari Merlimau terlibat dalam kancah perdagangan seks.

Bapa gadis yang melarikan diri dari rumah itu telah menyerbu masuk ke dalam sebuah rumah di Peringgit Pantai pada 26 Julai lalu selepas menerima maklumat bahawa anaknya dipaksa melayan lelaki lain oleh teman lelakinya yang merupakan penagih dadah.

“Gadis itu berkata, dia juga terbabit dengan dadah dan menerima RM20 untuk setiap sesi seks daripada teman lelakinya,” kata Latipah.

Siasatan polis mendapati gadis itu telah diminta untuk melayan pelanggan di hotel dan juga di rumah sejak Jun.

Latipah berkata remaja-remaja perempuan itu sedang menjalani pemulihan.

Sumber berkata beberapa pelacur kanak-kanak juga telah melancarkan perniagaan mereka secara bersendirian yang mana ‘hasilnya’ tidak perlu dikongsi dengan orang tengah dan bapa ayam.

“Mereka menawarkan perkhidmatan mereka melalui media sosial,” kata satu sumber.

“Kebanyakan mereka menyewa rumah secara kumpulan untuk melayan pelanggan mereka,” katanya.

“Ada juga yang melakukannya di lorong-lorong belakang.” -mStar



adios

9 comments:

  1. Hebat negeri melaka,.. Sekolah budak ngandung pun ada kini pelacur kanak kanak... Terima kasih le kat bekas ketua menterinya...

    ReplyDelete
  2. Betulke mereka tak beri maklumat pelanngan mereka? tak logik. Pelangan mereke orang berjawatan tinggi atau orang yang berpengaruh kut. Ini le anak didikan rahim tambi cik, kerajaan BN borek rakyat rintik. bertepatan dengan hadis nabi golongan yahudi dahulu binasa kerana kerana pemimpin mereka mencuri tidak dipotong tangan tapi golongan rakyat mencuri dipotong tangan. Hukuman double standard mengundang kebinasan puak BN/UMNO.tengok sekarang bangsa melayu menjuarai dari penjenayah hingga kemangsa. Bangsa lain ada tapi kadang kadang. Jika penjenayah dan mangsa orang UMNO/bn. Paham je le. Undi dan sokong penjenayah dapat tempiasnya.

    ReplyDelete
  3. hidup melayu umno!itu lah ajaran mazahab umno yang mahu islam sederhana dan kawal kuliah dimasjid2 dan surau...sapa yang perintah melaka sejak merdeka????

    ReplyDelete
  4. Budak hasil dari perbuatan rogol oleh VVIP tu pon dah beso dah... nape tidak ada usul nak cek DNA utk konpomkan itu benih VVIP yg mana???? macam nak main sorok2 jer... pasti ada cer menarik...

    ReplyDelete
  5. macam mana la kanak-kanak ni melibatkan diri dengan pelacuran...sungguh hina sampai sanggup gadai maruah demi duit...dimana iman atau harga diri seseorang...mungkin sikap ibu bapa yang tak ambil tahu..sibuk dengan urusan kerja...apa2 pun mereka patut dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan mereka..supaya menjadi pengajaran..

    ReplyDelete
  6. Apa la nak jadi dengan remaja sekarang..tak ada harga diri langsng...

    ReplyDelete
  7. Teringat budak laki melayu 13 tahun cuba rogol chinese woman kat toilet stesen petrol...pun kat melaka...thamby chik kena tobat baru aman..

    ReplyDelete