Tuesday, August 6, 2013

Nurul Izzah - ibu kepada kanak-kanak dan anak kepada semua yang berusia

Izzah mengucup tangan seorang ibu umpama mencium tangan ibunya sendiri
Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat, YB Nurul Izzah Anwar ketika menyampaikan agihan beras kepada seorang warga emas di Kg Limau, dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai semalam.

Nurul Izzah Anwar seorang yang berbudi bahasa dan bersopan santun apabila berhadapan dengan orang-orang yang lebih tua, insan sebaya, remaja dan kanak-kanak. Biarpun beliau seorang wakil rakyat namun bagi beliau segalanya adalah atas kehendak sebilangan besar penduduk Lembah Pantai. Jika mereka tidak berkehendak maka siapalah dirinya.

Justeru itu beliau sentiasa merendah diri apabila berhadapan dengan siapa sahaja di kalangan penduduk Lembah Pantai. Bibirnya sentiasa mengukir senyuman tatkala melakukan lawatan ke kawasan Lembah Pantai atau dalam setiap program bersama rakyat anjuran pejabat beliau

Tetapi kelembutan budi bahasa dan sopan santun beliau itu tidak bermakna beliau boleh diperkotak-katik oleh seteru politiknya. Keberanian dan kepetahan beliau ketika di parlimen tidak dapat dinafikan.

Penduduk Lembah Pantai sentiasa dalam perhatiannya. Setiap masalah umum cuba diselesaikannya. Contoh terbaik ialah kunjungan peribadi beliau ke Syarikat Bekalan Air Selangor suatu ketika dalhulu untuk membincangkan masalah air yang dihadapi penduduk Lembah Pantai.

adios

Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek atau ingin beriklan di wasukalu sila email gua di atimuda@gmail.com

1 comment: