Saturday, January 4, 2014

Mengenali asal usul fahaman syiah

Fahaman atau kumpulan syiah ini bukannya wujud semasa, atau sebelum zaman Rasulullah, malah zaman Khalifah Ali pun, kumpulan syiah ini belum wujud lagi. Golongan Ansar, Muhajirin, Aus, Khazraj dan Khawarij adalah sebahagian nama-nama golongan yang pernah tercatat dalam sejarah Rasulullah. Tiada bukti yang tertulis menunjukkan wujudnya satu fahaman atau kumpulan yang dinamakan syiah ketika itu. Istilah "syiah" ini mula digunakan selepas kesyahidan cucu Rasulullah s.a.w, Saidina Husain bin Ali.

Syiah dari pandangan golongan syiah itu sendiri bererti pengikut, penyokong dan pencinta yang merujuk kepada Saidina Ali r.a dan ahlul baitnya.

Menerusi ulama syiah, Fairuz Abadi di dalam Qamus al-Lughat pada kalimat “شَاعَ” menyatakan: Syiah umumnya bererti setiap orang yang mengakui kepimpinan Ali dan Ahlul Baitnya.

Dari mana penggunaan perkataan "Syiah" ini di ambil?

Syiah dari sudut bahasa bererti pengikut. Perkataan ini ada disebutkan di dalam ayat al-Quran menerusi surah as-Safat: 83
واِنَّ مِن شِيعَتِهَِ لاِبرَاهِيم
“Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiah-nya (pengikut Nuh)”

Sementara di dalam ayat lain:
هذا مِن شِيعَتِهِ وهذا من عَدُوِّهِ فاسْتَغَاثَهُ الذِي مِنشِيعَتِهِعَلى الذِي مِن عَدُوِّهِ
“(Orang) ini adalah dari Syiah-nya (pengikutnya) dan (orang) ini adalah dari musuhnya. Lalu Syiah-nya meminta bantuan darinya terhadap lawan musuhnya” [al-Qasas: 15]

Ayat-ayat al Quran ini tidak merujuk kepada golongan syiah (al-Ithna ‘Asyariyyah, Ismailiyyah, Zaidiyyah dsb) yang kita kenali pada hari ini, malah tidak wujud pun pada zaman Nabi Ibrahim. Maksud syiah di dalam al Quran itu merujuk kepada pengikut sesuatu kaum/umat pada masa itu. Istilah itu adalah sekadar kata umum yang bererti pengikut, bukannya nama khas yang dikhususkan kepada pengikut Ali dan Ahlul Baitnya.

Kumpulan yang bersimpati kepada kesyahidan dan amat menyanjungi Saidina Husain telah mengguna pakai perkataan "syiah" di dalam al Quran, untuk menamakan kumpulan mereka. Dan seterusnya istilah syiah ini sudah menjadi hak eksklusif khusus bagi golongan ini.

Permulaan Kemunculan Syiah

Yang biasa menjadi pendapat umum, Syiah dikatakan puak yang menyokong Saidina Ali bin Abi Talib r.a. dalam pertelingkahannya dengan Muawiah bin Abi Sufyan r.a. Namun tidak bermakna pengikut Ali itu syiah dan pengikut Muawiah itu Sunni. Malah, ramai tokoh ahli sunni berkeyakinan bahawa dalam perselisihan yang berlaku di antara dua sahabat Rasulullah s.a.w ini, kebenaran lebih berpihak kepada pihak Ali berbanding dengan Muawiyah.

Sebenarnya, puak Syiah ini muncul selepas pertelingkahan Saidina Husain yang tidak mengiktiraf kekhalifahan Yazid bin Muawiah.

Kisahnya bermula apabila Saidina Husain berangkat dari Madinah menuju ke Kufah, Iraq setelah penduduknya berjanji untuk menyokong, melindungi serta membantunya sekiranya diserang mana-mana pihak. Namun janji-janji tersebut tidak dilaksanakan dan seterusnya menjadi punca syahidnya Husain di pertempuran Karbala.

Setelah Saidina Husain syahid, sebahagian mereka telah menyesali dosa mereka dan memberontak kepada pemerintahan Bani Umayyah. Mereka inilah dikenali sebagai syiah. Ketika itu tidak ada perbezaan akidah melainkan perbezaan gerakan politik yang menentang pemerintahan Bani Umayyah. Ini bermakna Syiah adalah satu gerakan politik semata-mata di awal kemunculannya.

Permulaan Gerakan Anti-Sahabat

Gerakan anti-sahabat Rasulullah dimulai oleh Abdullah ibn Saba’ (Ibn Saba') yang berasal dari kota Sana’a, Yaman. Dia adalah seorang bangsa yahudi yg menganut islam pada zaman Uthman tetapi tidak memperbaiki keislamannya.

Saidina Uthman bin Affan diangkat menjadi Khalifah selepas Khalifah Umar bin Khatab dibunuh oleh Abu Lu’lu Al-Majusi . Ketika itu, berlaku pergolakan dan keresahan di kalangan umat Islam. Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan Uthman, suasana pemerintahan dapat dikendalikan dengan aman dan ramai yang memeluk islam termasuk seorang pemuda Yahudi dari Yaman bernama Abdullah bin Saba'.

Bagaimanapun, Abdullah bin Saba' mempunyai tujuan lain untuk memeluk Islam. Dia berharap Khalifah selaku pemerintah negara Islam akan memberi penghormatan kepadanya dengan diberikan jawatan kedudukan tinggi dalam kerajaan. Bagaimanapun Khalifah Uthman menolak dan berkata;

"Aku hanyalah pelayan umat, aku diangkat menjadi Khalifah bukan atas keinginan aku, tetapi kesepakatan umat Islam".

Khalifah Uthman berkata lagi,

"Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukan satu kehormatan, tetapi satu amanah. Apakah tuan sanggup memikul amanah itu, sedangkan tuan baru memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati kerana Allah yang memberi atau mencabut kedudukan seseorang".

Oleh itu Abdullah bin Saba' kecewa dan menyimpan dendam kepada Khalifah Uthman, umat Islam dan Agama Islam. Maka, antara dakyahnya ialah menabur fitnah dan menimbulkan keraguan kepada orang Islam. Beliau mengatakan bahawa pewaris Nabi dan Khalifah yang sah adalah Saidina Ali bin Abi Talib, bukannya Abu Bakar, Umar, Uthman atau sahabat-sahabat lain. Dia menjelajah ke seluruh tempat untuk menyebar fitnah dan pengaruhnya tersebar luas ke Mesir, Kufah dan Basrah. Untuk menyakinkan orang ramai akan kata-katanya dan bukannya atas kepentingan diri sendiri, beliau mengguna dan menjaja nama Saidina Ali dan keluarga Rasulullah s.a.w (ahlul bait). Kononnya hujah-hujah beliau adalah datangnya dari mulut Saidina Ali dan Rasulullah sendiri.

Beliaulah juga orang yang terawal meletakkan Saidina Ali ke tahap yang lebih tinggi dari Rasullullah s.a.w. Beliau pernah berkata," Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Talib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibrail mengantuk sehingga wahyu Allah diberikan kepada Muhammad, iaitu orang yang tidak berhak".

Mendengar berita itu, Ali bin Abi Talib sangat marah, dan ketika beliau diangkat menjadi khalifah keempat mengganti Uthman, beliau memerintahkan Abdullah bin Saba' diusir dari Madinah. Tidak berhenti setakat itu, Abdullah bin Saba' tetap meneruskan untuk memporak peranda sesama kaum muslimin serta hubungan Saidina Ali dan para sahabat yang lain secara halus.

Hakikatnya Abdullah bin Saba' serta pengikut-pengikutnya bukanlah penyokong tulen atau syiah Saidina Ali tetapi berpura-pura menjadi pengikut kuat Saidina Ali dan Ahlul Bait. Beliau juga mempunyai ramai pengikut yang dikenali sebagai Sabaiyyah juga tergolong sebagai orang-orang munafik yang lagaknya seperti orang Islam yang taat dan menyelinap dalam tentera Ali. Golongan Sabaiyyah ini lah yang menjadi punca berlakunya Perang Jamal.

Bagi golongan sunni, Ibn Saba' atau Sabaiyyah adalah perintis kepada perpecahan umat Islam dan seterusnya mendorong kepada beberapa pecahan ummah termasuk kemunculan fahaman syiah. Beliau lah sebagai tokoh berperanan utama yang menyelipkan pemikiran-pemikiran sesat dalam ajaran syiah.

Kitab-kitab Syiah seperti Syarh Nahjul Balaghah Li Ibn Abil Hadid ada menceritakan berkenaan Ibn Saba' walaupun terdapat golongan syiah yang menafikan kewujudan seseorang yang bernama Ibn Saba' atau Abdullah bin Saba'.

Pemilihan Khalifah Selepas Umar Al-Khattab

Pada tahun 644M, Khalifah Umar Al-Khattab mati dibunuh oleh seorang Majusi bernama Abu Lu'lu'ah al-Farisi. Pembunuhan ini berpunca dendam Abu Lu'Lu'ah kepada Umar yang tidak memihaknya dalam isu kharaj (seperti cukai) dengan majikannya. Di kala ini, Pembunuh Umar r.a. ini disanjung dan dipuja oleh penganut Syiah Imamiyyah. Mereka mengunjungi dan menghormati kuburnya di Kashan, Iran kerana telah berjaya membunuh Umar r.a. Malah beliau digelar Baba Syuja'uddin (Sang pembela agama yang gagah berani).

Abu Lu'lu'ah menikam Khalifah Umar sebanyak enam kali dengan pisau bermata dua sewaktu Umar mengimami solat subuh di Masjid al-Nabawi, Madinah. Tikaman di bahagian perut menyebabkan punca kematian Sayyidina Umar. Sebaik saja menikam Khalifah Umar, Abu Lu'luah cuba lari tetapi ditahan oleh para sahabat yang lain. Apabila ditahan menyebabkan dia terus menggunakan pisaunya untuk menikam mereka yang cuba menangkapnya. Ini menyebabkan berbelas orang sahabat gugur syahid dan cedera. Akhirnya Abdullah bin 'Auf az-Zuhri berjaya memegang bajunya dan terus menariknya sehingga dia rebah di atas lantai. Melihat dirinya telah terkepung, maka dia terus membunuh dirinya sendiri dengan menggunakan pisau ditangannya.

Berbeza ketika Khalifah Abu Bakar meninggal dunia, beliau hanya menamakan Umar sebagai penggantinya yang layak sebagai khalifah. Tetapi Umar Al-Khattab telah menamakan 6 orang pengganti. Antaranya Abu Ubaidah Al Jarrah, Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf dan Usman bin Affan. Sebenarnya pilihan pertama Umar adalah Abu Ubaidah Al-Jarrah tetapi beliau telah meninggal dunia di Syam akibat wabak taun.

Ketika Umar merasakan dirinya tidak mampu bertahan lama, beliau mengusulkan (penggantinya), " Aku tidak akan membuatnya maka sesungguhnya orang yang lebih mulia daripadaku telah meninggalkan urusan ini(pemilihan) kepada muslimin maka Rasulullah S.A.W sendiri meninggalkan urusan ini. Sekiranya aku membuat pemilihan maka aku akan memilih orang yang lebih baik daripadaku iaitu Saidina Abu Bakar. Jika Abu Ubaidah bin Jarrah masih hidup, nescaya aku akan melantiknya. Jika Salim Abu Huzaifah masih hidup nescaya aku akan melantiknya". Kemudian beliau memanggil Abdul Rahman bin 'Auf lalu berkata :"Aku mahu memberi sumpah setia kepadamu". Mendengar kata-kata Saidina Umar itu lalu Abdullah bin 'Auf bertanya :" Adakah engkau telah bermesyuarat dalam perkara ini?. Jawab beliau :"Demi Allah aku belum lagi berbuat demikian". Kata Abdul Rahman bin 'Auf :"Demi Allah aku tidak masuk campur dalam masalah ini selama-lamanya". Perintah beliau :" Carilah kata putus sehingga aku boleh melantik daripada kalangan mereka yang telah dipilih oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda redha dengan mereka". Abdul Rahman bin 'Auf terus memanggil Saidina Ali, Saidina Uthman, Zubair bin al-Awwam dan Sa'ad bin al-Waqas. Dia berkata :" Tunggulah kehadiran saudaramu Talhah yang mana dia sekarang berada di luar Madinah dan jika tidak maka laksanakan urusan kamu".

Dua hari selepas peristiwa serangan itu, iaitu pada subuh hari pertama bulan Muharram tahun 22 hijrah Khalifah Umar menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia 63 tahun iaitu sama dengan umur Rasulullah S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar ketika wafat. Suhaib ar-Rumi telah mengimamkan solat jenazah. Beliau dikebumikan dalam bilik Sayyidatina 'Aisyah selepas mendapat keizinannya, iaitu disebelah makam Rasulullah S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar.

Pada hari itu juga para ahli majlis Syura telah bermesyuarat. Daripada keenam-enam sahabat, kesemuanya menolak dan hanya tinggal Ali, Abdul Rahman dan Uthman sahaja.

Abdul Rahman bin Auf juga menarik diri tetapi beliau menawarkan diri untuk menjadi orang tengah. Beliau akan membuat bancian di kalangan penduduk Madinah sama ada mahu Ali bin Abi Talib ataupun Uthman bin Affan sebagai khalifah. Setelah membuat bancian beliau telah berjumpa dengan keduanya dan mereka redha dengan apa juga keputusan Abdul Rahman.

Lalu Abdul Rahman mengangkat tangan Uthman dan menyatakan orang Madinah lebih ramai memilih beliau. Perkara ini menjadi titik tolak perpecahan umat Islam ketika itu kerana pihak yang menyokong Ali mendakwa Abdul Rahman tidak berlaku adil kerana beliau mempunyai hubungan persaudaraan sepupu dengan Uthman. Bagaimanapun Ali menyakini amanah yang dilakukan oleh Abdur Rahman dan membaiat Uthman sebagai khalifah Islam.

Pembunuhan Khalifah Uthman

Khalifah Uthman merupakan seorang pemimpin yang lemah lembut, zuhud dan sangat sabar. Beliau memegang jawatan khalifah ketika umurnya hampir 80 tahun. Kerajaan Islam dalam keadaan aman semasa 6 tahun awal pemerintahannya, sehinggalah berlakunya fitnah yang dicetuskan oleh Abdullah Ibn Saba’ (Ibn Saba) yang amat memusuhi Khalifah Uthman.

Ibn Saba memfitnah Uthman menyalah guna kuasa dengan memberi kekayaan kepada keluarga dan saudara maranya, merampas tanah orang miskin, gabenor2 Uthman yang zalim dan sebagainya. Walaupun Uthman telah menghantar surat menjelaskan perkara sebenar kepada jajahan pemerintahan Islam tetapi tidak berjaya meredakan fitnah tersebut.

Mereka yang terpengaruh dengan fitnah Ibn Saba termasuk dari Kufah, Basra dan Mesir telah berjumpa dengan Uthman supaya meletak jawatan. Mereka inilah digelar sebagai kumpulan Sabaiyyah oleh sejarawan Islam. Para sahabat di Madinah ketika itu mencadangkan supaya Uthman menahan kumpulan ini tetapi Uthman berlembut dan memaafkan mereka.

Golongan Sabaiyyah makin berani membuat surat palsu dari Saidina Ali (kepada penduduk Mesir), Zubir Awwam (kepada penduduk Kufah) dan Abi Talhah (kepada penduduk Basra) untuk memujuk mereka menyerang Madinah. Mereka menggunakan nama ketiga-tiga mereka ini kerana mereka sahabat nabi yg dijamin syurga dan dihormati. Penduduk Syam tidak dipengaruhi oleh pemberontak ini kerana penduduk di situ tidak akan mempercayai surat tersebut memandangkan Gabenor Syam, Muawiyah adalah saudara kepada Uthman.

Akhirnya golongan Sabaiyyah berjaya mempengaruhi ramai orang Islam untuk mengepung rumah Uthman di Madinah ketika musim haji. Mereka memilih musim haji kerana ramai sahabat nabi akan pergi menunaikan haji ke Mekah. Terdapat beberapa sahabat yang cuba menolong Uthman termasuk Abu Hurairah, Hisam iaitu wakil yang dihantar oleh Saidina Ali dan beberapa orang lain. Tetapi Uthman menyuruh mereka pulang dan tidak memerlukan perlindungan.

Sebenarnya Uthman sudah merasakan beliau akan dibunuh pada hari pengepungan tersebut. Beliau juga bermimpi bertemu Rasulullah dan berbuka dengan baginda pada malam itu. Beliau memakai seluar kerana khuatir auratnya akan terlihat jika beliau dibunuh nanti.

Pada 656 masihi, ketika tu Uthman telah berusia 90 tahun. Pemberontak menyerbu masuk ke rumahnya ketika beliau sedang berpuasa dan membaca masyhaf Al-Quran. Pemberontak tersebut menghentak kepala Uthman dengan besi hingga darahnya terkena masyhaf Al-Quran tersebut. Masyhaf tersebut masih boleh dilihat pada masa ini. Pemberontak kemudiannya memotong jari tangan isteri Uthman, Nailah.

Maka terjadilah fitnah terbesar dalam dunia Islam ketika itu iaitu pembunuhan seorang khalifah Islam yang menyebabkan perpecahan yang lebih besar dari sebelum itu. Selama 5 hari selepas itu umat Islam tidak ada pemimpin, sedangkan pemberontak masih berada di dalam Madinah iaitu kira-kira 2000-3000 orang.

Ahli Syura dan penduduk Madinah mendesak Saidina Ali supaya menjadi pengganti khalifah walaupun pada awalnya Saidina Ali menolak cadangan tersebut. Perkara pertama yang beliau ingin lakukan ialah mencari pembunuh Uthman dan menghapuskan golongan Sabaiyyah yang menghasut para sahabat dan orang Islam. Tetapi beliau tidak bertindak dengan segera dan perlu lebih berhati-hati kerana pemberontak-pemberontak masih ramai di Madinah dan orang Islam masih berpecah belah yang memihak kepada Uthman dan sebahagian lagi mereka yang termakan hasutan golongan Sabaiyyah. Walaupun begitu, kedua-dua pihak di Madinah ini tidak memusuhi dan memerangi Khalifah Ali, melainkan penduduk luar Madinah yang tidak berpuas hati dengan kelewatan Khalifah Ali untuk bertindak menangkap pembunuh Uthman.

Pergolakan Pemerintahan Khalifah Ali

Selepas kematian Uthman, lebih ramai pemberontak masuk ke dalam kota Madinah hingga jumlahnya mencecah 5,000-6,000 orang. Pemberontak tersebut juga merupakan dari kalangan orang-orang Islam terutamanya dari Kufah, Basra dan Mesir yang berjaya diperdaya oleh golongan Sabaiyyah.

Kota Madinah kian tidak tenteram dengan ketiadaan pemimpin dan ini mendedahkan umat Islam kepada bahaya, maka segeralah para sahabat ridwanullahi ‘alaihim mencari calon yang paling layak. 3 nama untuk menggantikan Uthman iaitu Ali bin Abi Talib, Abi Talhah dan Zubair bin Awwam, namun mereka menolaknya. Menurut Muhammad al-Hanafiah (Muhammad bin ‘Ali bin Abi Talib r.a), ayahnya pernah berkata kepada orang ramai, “Janganlah kamu memilih aku, sesungguhnya aku lebih baik menjadi Wazir (pembantu Khalifah) berbanding menjadi Amir (Khalifah)”.

Menurut riwayat lain, daripada Abu Basyir al-’Abidi “Selepas terbunuhnya Uthman r.a, berhimpunlah golongan Muhajirun dan Ansar termasuk Talhah dan Al-Zubair berjumpa dengan Ali r.a untuk di bai’at sebagai khalifah, Namun Ali berkata: “Aku tidak berhajat akan urusan kamu, aku bersama kamu, sesiapa sahaja yang kamu pilih, aku akan meredhainya, maka pilihlah (selain aku) demi Allah”. Lalu mereka (para sahabat) berkata: “Kami tidak akan memilih selain kamu”. Kata Abu Basyir lagi“Mereka datang kepada Ali berkali-kali sehingga yang kali terakhirnya mereka berkata kepadanya: “Sesungguhnya tidak boleh bagi manusia tanpa adanya pemimpin sedangkan telah berlanjutan masa (tanpa pemimpin)”. Lalu kata Ali kepada mereka: “Sesungguhnya kamu telah berulang kali datang kepada aku dan kamu enggan (memilih selain aku) dan sesungguhnya aku hendak berkata suatu perkara jika kamu menerimanya, maka aku menerima permintaan kamu, jika tidak maka aku tidak berhajat akannya (tidak berhajat menjadi Khalifah)”. Mereka berkata: “Apa sahaja yang kamu katakan, akan kami akan terima Insya-Allah”.

Akhirnya Ali ketika itu berumur 58 tahun, menerima jawatan tersebut dan orang pertama yang membai’at beliau adalah Talhah dengan lisan, diikuti dengan Sa’ad (ibn Abi Waqqas r.a) dengan tangannya. Turut membai’at beliau, ialah Al-Zubair bin al-’Awwam r.a. Namun sesetengah riwayat mengatakan Talhah dan Az-Zubair membai'at dalam keadaan paksa-rela oleh situasi yang ditimbulkan oleh pemberontak. Pemberontak juga pernah mengugut bunuh Ibn Umar sekiranya (Ibn Umar) tidak bersetuju menjadi khalifah. Malah Ali juga sendiri tidak mahu dilantik sebagai khalifah sekiranya tiada bai'at dari para sahabat. Oleh itu, pemberontak mendesak para sahabat supaya Ali dilantik sebagai khalifah. Jika tidak kota Madinah berubah menjadi lebih parah.

Untuk mengelak masalah yang lebih besar sebelum para pemberontak itu bertindak di luar jangkauan melantik orang yang menjadi boneka mereka sebagai khalifah dan menyebabkan urusan pemilihan khalifah terkeluar dari tangan sahabat ridwanullahi ‘alaihim dan jatuh ke tangan pemberontak, maka Talhah dan Az-Zubair bergegas membai’at Ali r.a. Talhah dan Az-Zubair mengakui Ali adalah orang yang paling layak dilantik sebagai khalifah tetapi bukan dalam keadaan situasi yang mendesak itu.

Perlantikan Saidina Ali sebagai Khalifah menyebabkan ramai dikalangan penduduk Mekah, Mesir dan beberapa kawasan jajahan Islam lain mempersoalkan perlantikan tersebut. Ini adalah kerana mereka pernah mendapat surat daripada Saidina Ali , kononnya meminta penduduk disitu menyerang kota Madinah sewaktu pemerintahan Khalifah Uthman. Sedangkan mereka tidak menyedari bahawa surat itu adalah palsu yang diedarkan oleh golongan Sabaiyyah yang dipimpin oleh Abdulah bin Saba'.

Dengan kenaikan Ali sebagai khalifah seolah-olah mengesahkan surat itu benar-benar ditulis oleh Ali sendiri. Ini juga merupakan satu perancangan licik golongan Sabaiyyah memecahkan perpaduan umat Islam. Malah Khalifah Ali sendiri tidak tahu siapa penulis sebenar surat tersebut. Hakikatnya Khalifah Ali juga tidak menyedari ada dalang sebenar (Sabaiyyah) kerana mereka juga hidup seperti orang Islam (munafik).

Khalifah Ali berpendapat bahawa pemberontakan yang berlaku terhadap Khalifah Uthman adalah berpunca daripada gabenor-gabenor di tanah jajahan tidak disenangi rakyat atau gagal mententeramkan rakyatnya daripada memberontak terhadap pemerintahan Uthman. Oleh itu beliau telah menggantikan semua gabenor-gabenor yang dilantik oleh Uthman termasuk Muawiyah di Syam. Di Basrah, Abdullah bin Amir digantikan dengan Uthman bin Hanif, Saad bin al-as menggantikan Amran bin Syahab di Kufah dan di Syam, Muawiyah digantikan dengan Syahab Bin Hanif.

Khalifah Ali juga berpendapat tindakan ini juga dapat meredakan kemarahan orang yang tidak suka kepada gabenor pemerintahan Uthman sebelum ini. Tetapi hal ini semakin menimbulkan prasangka di kalangan sahabat yang lain. Malah seorang sahabat iaitu Al-Mughirah menasihati Ali supaya jangan memecat gabenor Uthman ketika itu. Uthman tidak pernah terus memecat gabenor yang dilantik oleh Umar sebelumnya. Ia akan menimbulkan fitnah. Tetapi Ali bertegas meneruskan hasratnya.

Pada mulanya Khalifah Ali memang berazam mencari pembunuh Uthman yang sebenar, namun pergolakan umat Islam ketika itu menyebabkan Khalifah Ali lebih menumpukan untuk perkukuhkan dahulu negara Islam dan menenangkan umat Islam. Malah tiada seorang saksi pun yang berani tampil melihat pembunuhan Uthman. Khalifah Ali tidak mampu menghukum semua pemberontak kerana jumlahnya yang ramai, mereka terdiri kaum muslimin dan tidak semua terlibat dalam pembunuhan Uthman.

Sebelum Perang Jamal tercetus, Khalifah Ali pernah berkata “Bagaimana aku hendak bertindak dengan kaum yang kita tidak kuasai? Tiada cara hendak cari pembunuh Uthman kerana mereka ramai dan tiada saksi ketika pembunuhan di rumah Uthman. Siapa yang tahu cara untuk mencari pembunuh Uthman sila bagitau aku!“. Sahabat semua diam termasuk termasuk Zubair dan Talhah. Dan akhirnya mereka taat kepada Khalifah Ali. Namun akibat fitnah dan perancangan licik golongan pemberontak dan Sabaiyyah, berlakulah peperangan Jamal.

Khalifah Ali kemudiannya telah mengubah ibukota Islam dari Madinah Ke Kufah atas alasan Madinah tidak selamat untuk diduduki lagi untuk mentadbir negara Islam. Beliau wafat selepas sembahyang Subuh di Masjid Kufah pada 17 Ramadan 41 Hijrah / 661 Masihi kerana dibunuh oleh seorang puak Khawarij, Abdul Rahman bin Muljam. Puak Khawarij merupakan bekas pengikut Khalifah Ali yang tidak berpuashati perjanjian damai dengan Muawiyah sewaktu Perang Siffin. Khawarij berpakat untuk membunuh Ali r.a, Mu’awiyah r.a, Amr bin Ash r.a dan Abu Musa al-Asy’ari r.a. Bagaimanapun rancangan pembunuhan itu hanya berjaya ke atas Khalifah Ali.

Jenazah Khalifah Ali kemudiannya dikebumikan di Dar al-Imarah (Kufah). Namun bagi golongan syiah beranggapan beliau dikebumikan di Mashhad al-Najf.

Perang Jamal

Pengenalan
Perang Jamal atau Perang Unta berlaku pada 11 Jamadilakhir 36H atau Disember 657M yang mengambil masa tidak sampai sehari. Peperangan ini berpunca daripada salah faham di antara pihak Khalifah Ali dan pihak Saiditina Aishah yang menyebabkan 10-13 ribu tentera terkorban termasuk dua sahabat besar Rasulullah s.a.w, Talhah & Zubair al Awwam. Salah faham ini ditimbulkan oleh pihak munafik pimpinan Abdullah bin Saba’ (Sabaiyyah) yang membuat huru-hara selepas perbincangan perdamaian tercapai di anatara kedua-dua pihak. Peperangan ini merupakan perang saudara pertama kaum muslimin yang berakhir dengan kemenangan dipihak Khalifah Ali. Peperangan ini dinamakan peperangan Jamal (unta) kerana Aisyah menunggang unta ketika berperang.

Rombongan Aisyah, Talhah dan Az-Zubair
Ketika pemberontakan ke atas Khalifah Uthman tercetus, Saiditina Aisyah pada masa itu berumur 40 tahun berada di Mekah menunaikan haji. Aisyah telah mengumpul orang Islam dan penduduk di Mekah untuk membantu Uthman menghadapi pemberontakan di Madinah. Ketika dalam perjalanan menuju ke Madinah, diberitakan Uthman telah dibunuh. Ketika itu para sahabat mempunyai beberapa cadangan kepada Aisyah, sama ada meneruskan perjalanan ke Madinah atau, menuju ke Syam untuk meminta bantuan Muawiyah, namun akhirnya mereka memilih jalan menuju ke Basrah.

Mereka berasakan Kota Madinah dalam keadaaan tidak tenteram setelah jatuh ke tangan pemberontak yang masih ramai disitu. Sekiranya tetap meneruskan perjalanan ke Madinah, Aisyah dan rombongannya akan berada pada situasi yang membahayakan kerana mereka adalah dari kalangan orang yang menyokong Uthman. Mereka menuju ke Basrah untuk merancang strategi dan mengumpul kekuatan menangani pemberontak yang memecah belah umat Islam, dan berazam memulih kembali perpaduan umat Islam. Walaupun Ali kemudiannya telah dilantik sebagai Khalifah, mereka tidak berpuas hati kerana Ali dilihat gagal menghukum pembunuh Uthman, seolah-olah Ali dalam keadaan terikat dan tertekan dikelilingi golongan pemberontak.

Selepas Talhah dan Zubair membai'ah Saidina Ali sebagai Khalifah, mereka meminta izin untuk melakukan umrah. Ketika dalam perjalanan, mereka bertemu dengan Aisyah, di dalam pertemuan itu mereka bersepakat untuk meminta Khalifah Ali mempercepatkan qisas (hukuman) keatas pembunuh Uthman.

Apabila melihat Aisyah dan pasukannya pergi ke Basrah, golongan munafik Sabaiyyah menyalakan api fitnah dengan menyebar berita kononnya pemergian Aisyah tersebut adalah mengumpul kekuatan dan menuju ke Madinah untuk memberontak kekhalifahan Ali.

Semangat Perdamaian
Apabila Ali mendengar khabar angin itu, beliau mengutuskan al-Qa’ qa’ untuk berjumpa Aisyah, Talhah dan Zubair di Basrah.

Menurut Ibn Kathir menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagai utusan menemui Talhah dan Zubair untuk mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan menyatakan kepada mereka berdua betapa bahayanya perpecahan dan perselisihan. Lalu al-Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah Aishah."

Beliau berkata: “Wahai Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”.

Aishah menjawab: “Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia.”

Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya Aishah memanggil Talhah dan al-Zubair, lalu mereka berdua pun datang.

Al-Qa`qa` berkata kepada mereka “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara manusia.”

Lalu mereka berdua menyatakan: “Kami pun dengan tujuan yang sama.” Talhah dan al-Zubair juga mengatakan bahawa mereka datang hanya untuk mendamaikan antara manusia.

Mereka juga menjawab: “Kamu memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika Ali datang dan dia berpandangan seperti kamu, keadaan akan menjadi baik.”

Lalu al-Qa`qa` pulang menemui Ali dan mencerita apa yang berlaku dan Ali amat gembira.

Aishah telah menulis surat kepada kepada Ali menyatakan beliau datang untuk tujuan perdamaian. Kemudian Ali menulis kepada Talhah dan al-Zubair: “Jika pendirian kamu berdua masih kekal seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu berdua, maka tunggulah sehingga kami datang dan membincangkan perkara ini. Lalu mereka berdua menjawab: “Sesungguhnya kami masih lagi berpendirian seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.

Khalifah Ali menghebah berita perdamaian ini kepada kaum muslimin, namun terdapat golongan yang membenci situasi perdamaian ini terutamanya dari golongan Sabaiyyah.

Pertemuan Ali dan Aisyah
Khalifah Ali bersama tentera-tenteranya (sebagai langkah berjaga-jaga) menuju ke Basrah untuk tujuan perdamaian dengan Saiditina Aisyah. Malangnya kebanyakan tentera yang mengikut Ali adalah dikalangan pemberontak (dari golongan munafik Sabaiyyah) yang menyelinap di dalam tentera muslimin. Ramai sahabat tidak mahu serta dalam rombongan tersebut. Abu Musa dan anaknya, Hassan bin Ali telah menasihati Ali supaya jangan keluar kerana tindakan itu lebih membawa keburukan. Tetapi ijtihad Ali adalah untuk membawa keamanan.

Apabila kedua-dua pasukan saling berhadapan, Khalifah Ali berjumpa dengan Thalhah dan Zubair. Beliau mengimbas kembali akan saat manis ketika bersama Rasulullah s.a.w dan berperang melawan orang musyrikin. Aisyah, Zubair dan Talhah meminta Ali mencari pembunuh Uthman. Tetapi Ali dengan tegas menjelaskan dalam keadaan sekarang, permintaan itu adalah mustahil tanpa sokongan dan perpaduan umat Islam khususnya dari kalangan para sahabat. Malah bilangan pemberontak yang juga dari kalangan umat Islam sangat ramai di Madinah dan amat sukar mengenapasti siapakah pembunuh Uthman yang sebenar. Aisyah menyedari kesilapan mereka tidak berbai'ah kepada Ali dan memberitahu kepada rombongannya, mereka tersilap dalam hal ini dan mereka akan bersatu bersama Khalifah Ali untuk menguatkan kembali perpaduan umat Islam dan mencari pembunuh Uthman yang sebenar.

Menurut al-Imam Ibn Hazm rahimahullah (456H): “Dan adapun (pemergian) Ummul Mukminin (Aisyah), al-Zubair dan Thalhah radhiallahu 'anhum berserta orang-orang yang bersama mereka (ke Basrah), tidaklah mereka sedikit jua bertujuan membatalkan kekhalifahan Ali, mereka tidak mencabar jawatan tersebut, mereka tidak menyebut apa-apa kecacatan yang merendahkan beliau daripada jawatan tersebut, mereka tidak bertujuan mengangkat khalifah baru yang lain dan mereka tidak memperbaharui bai‘ah kepada sesiapa yang lain. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat diingkari oleh sesiapa jua dengan apa cara jua.”

Golongan Sabaiyyah berasa terancam dengan perdamaian tersebut. Pada malamnya, mereka merancang untuk melagakan kedua-dua pihak Ali dan Saiditina Aisyah. Jika umat Islam bersatu, pasti akan memudahkan tindakan diambil ke atas para pembunuh Uthman. Sekiranya umat Islam kekal berpecah, selagi itulah para pembunuh Uthman akan terselamat daripada apa-apa tindakan. Jika mereka tidak bertindak cepat, lambat laun tembelang mereka akan pecah, dan mereka pasti di qisaskan atau di hukum. Dianggarkan jumlah mereka menyelinap dalam tentera Ali ketika itu dikatakan mencecah 1,000-2,000 orang.

Mereka segera mengatur rancangan dan membuat keputusan bahawa satu kumpulan dari mereka akan berada di pihak Aishah manakala satu lagi kumpulan kekal di dalam pasukan Ali. Mereka akan bertindak secara senyap untuk mencetuskan kekacauan dengan saling menyerang di antara satu sama lain menyebabkan berlaku kekeliruan kepada kedua-dua belah pihak.

Berlakunya Perang
Sebelum subuh, golongan Sabaiyah menyerang pasukan Aisyah secara mengejut. Dalam suasana terperanjat daripada tidur, pasukan Aisyah menyangka bahawa tentera Ali telah berlaku khianat dan menyerang mereka.

Golongan Sabaiyyah disebelah pasukan Aisyah berteriak bahawa tentera Ali telah menyerang curi dan menipu mereka. Sebagai tindakan mempertahankan diri sendiri, mereka menyerang balas ke atas tentera Ali.

Golongan Sabaiyyah disebelah pasukan Ali pula berteriak bahawa rombongan Aisyah telah menyerang. Lalu Pasukan Ali menyangka pasukan Aisyah telah berlaku khianat dan menyerang mereka. Dengan itu mereka menyerang balas untuk mempertahankan diri. Tidak sesiapapun di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang terjadi. Disitulah bermulalah Perang Jamal sekali pun kedua-dua pihak pada asalnya tidak berniat untuk berperang.

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) meringkaskan detik-detik ini dalam satu perenggan: “Mereka (para pembunuh Uthman) menyerang khemah Thalhah dan al-Zubair. Lalu Thalhah dan al-Zubair menyangka bahawa Ali telah menyerang mereka, maka mereka menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Seterusnya Ali pula menyangka bahawa mereka (Thalhah dan al-Zubair) menyerangnya, maka Ali menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Maka berlakulah fitnah (peperangan) tanpa ia menjadi pilihan mereka (kedua-dua pihak). Manakala Aisyah radhiallahu 'anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahl al-Ma’rifat bi al-Akhbar).” [Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi‘ah wa al-Qadariyyah (diteliti oleh M. Rasyad Salim; Muassasah Qurtubiyyah, 1986), jld. 4, ms. 317]

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (774H) memperincikan detik-detik tercetusnya Perang Jamal: “Orang-orangpun merasa tenang lagi lega …… pada waktu malamnya kedua-dua pihak bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Akan tetapi para pembunuh Uthman melalui malam tersebut dalam keadaan yang seburuk-buruknya. Mereka berbincang dan bersepakat untuk mengobarkan peperangan pada awal pagi esoknya. Mereka bangun sebelum terbit fajar, jumlah mereka menghampiri seribu orang. Masing-masing kelompok bergabung dengan pasukannya lalu menyerang mereka (pasukan Aisyah) dengan pedang."

Tentera Ali berjaya menguasai peperangan tersebut kerana pada masa itu, pasukan Aishah tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Ini adalah kerana tujuan kedatangan mereka adalah bukan untuk berperang tetapi untuk mencari jalan perdamaian.

Dalam peperangan ini, Aisyah tidak melibatkan diri dalam medan pertempuran tetapi unta yang dinaiki Aisyah telah terbunuh tertusuk tombak. Lalu Aisyah terjatuh dari unta tersebut.

Pembunuhan Talhah dan Az-Zubair
Sewaktu pertempuran berlaku, Khalifah Ali sempat bertemu Zubair dan Talhah, katanya;

“Wahai Zubair, aku minta kau jawab kerana Allah!”

“Tidakkah engkau ingat, sewaktu Rasulullah menghampiri kita yang sedang berkumpul bersama, lalu beliau (Rasulullah) bersabda;

“Wahai Zubair, tidakkah engkau mengasihi Ali..”

Kemudian engkau menjawab “Kenapa pula aku tidak mengasihi saudara sepupuku, anak kepada ibu dan bapa saudaraku, serta se akidah denganku…”

Rasulullah bersabda lagi “Hai Zubair demi Allah, bila engkau memeranginya (Ali), jelas engkau telah berlaku zalim kepadanya…”

Sewaktu itu Zubair tersedar akan kesilapannya “Ya, sekarang aku ingat, hampir aku terlupa (sabda Rasulullah), demi Allah aku tidak akan memerangimu."

Talhah dan Zubair menarik diri dari perang saudara itu. Mereka mengundur diri setelah tahu kedudukan sebenar peperangan itu, tambahan pula apabila mereka terlihat Ammar bin Yasir berperang di pihak Ali. Mereka teringat sabda Rasulullah kepada Ammar “Yang akan membunuhmu ialah golongan yang derhaka…”

Bagaimanapun, Zubair diekori oleh Amru bin Jurmuz, lalu dibunuh sewaktu Zubair sedang solat, manakala Talhah dipanah/lembing oleh rakan sepasukan iaitu, Marwan bin Hakam, setelah mendapati Talhah mengundur diri dari berperang. Ketika itu Talhah berusia 63 tahun.

Ketika Ali nampak jasad Talhah yang terkorban, beliau turun dari kuda mengangkat mayat Talhah dan menangis sambil berkata “Semoga Allah merahmatimu Aba Muhammad, sesungguhnya aku berasa amat sedih melihat engkau dibunuh di bawah bintang di langit. Kalaulah aku mati dahulu tentu aku tak melihat peristiwa ini“.

Manakala Zubair menuju ke Wadi Suba’, tetapi di bunuh oleh Amir bin Jurmuz ketika solat. Si pembunuh juga membawa pedang Zubair bin Awwam yang dibunuh dengan gembira dan menyatakan mereka berjaya membunuh Zubair. Lalu Ali berteriak si pembunuh itu akan dibalas dengan api neraka. Ini adalah kerana Ali mendengar Rasulullah berkata dalam hadisnya yang menyatakan, berikan neraka kepada pembunuh Zubair. Zubair ini adalah penolong nabi. Rasulullah pernah berkata “Setiap nabi mempunyai seorang penolong, Zubair ini adalah penolongku“. Ali telah menyembahyangkan semua mayat dari kedua-dua tentera.

Ketika Ali menatap pedang Zubair beliau berkata“Demi Allah pedang ini sudah banyak berjasa, digunakan oleh pemiliknya (Zubair) untuk melindungi Rasulullah dari ancaman bahaya…”

Kesan Peperangan
Peperangan ini membawa kepada kesedihan dan penyesalan di antara kedua-dua pihak. Mereka menyedari ditipu oleh golongan yang tidak menyokong perdamaian (golongan Sabaiyyah).

Saidina Hassan Bin Ali r.a pernah berkata kepada ayahnya,“ Wahai Ayah, telah aku nasihati mu, supaya engkau jangan menghantar tentera keluar.”

Aisyah juga dihantar pulang ke Madinah dengan dikawal oleh sepasukan wanita bersenjata lengkap. Khalifah Ali berpesan kepada tenteranya supaya tidak menjadikan peperangan ini seperti peperangan lain (dengan tentera musyrikin) kerana perang ini berlaku sesama kaum muslimin. Harta peperangan pihak Aishah tidak boleh dijadikan sebagai ghanimah. Mereka yang lari tidak boleh dikejar dan yang terbunuh hendaklah disemadikan sebagai seorang Islam.

Akibat daripada peperangan itu, penentangan terhadap Khalifah Ali semakin memuncak terutamanya dari Muawiyah bin Abu Sufiyan. Muawiyah berpendapat Ali sepatutnya mencari dan menghukum pembunuh Uthman apabila mula memerintah. Walaupun telah dipecat oleh Ali sebagai gabenor tetapi seluruh negara Syam masih lagi taat kepada Muawiyah. Beliau tidak akan berbai’ah kepada Ali sehingga pembunuh Uthman dibunuh. Inilah yang menyebabkan berlakunya peperangan Siffin.


 Artikel ini berakhir dengan siri kedua ( sambungan) dengan tajuk "Perang Siffin, Perlantikan Khalifah Muawiyah  dan Pertempuran Karbala"

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

24 comments:

  1. Usah banyak membicarakan hal-hal syiah-sunni. Jika anda benyak membaca tentang sejarah wujudnya syiah, bacalah juga sejarah agenda barat memporak-perandakan umat Islam. Paling dekat,baca sejarah Indonesia-Aceh: bagaimana Belanda dapat menembusi dan seterusnya meleburkan semangat tulen Islam Aceh dan akhirnya Aceh dapat ditakluki. Secara mudah, syiah dan perbicaraan tentangnya hanya mula wujud selepas Amerika(dan pengaruhnya) ditendang keluar dari kancah politik Iran. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo barat kita tahu emang nya dia kafir terang terangan...ini syiah munafikin!!

      Delete
  2. Alhamdulillah...banyak yg saya dapat n faham selepas baca penulisan ini..lama dh tercari2 pasal syiah,perang jamal dan punca kematian saidina uthman..terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dgn ada nya penulisan ini...sedikit tdk kita sama-sama tahu ttg apa yg terjadi masa dulu...paling tdk saya dpt menilai sedikit...jika pekara fitnah ini betul ada nya berlaku...yaitu dalang nya pihak ketiga...yg saya tahu...saidina ali adalah di pihak islam...tiada di pihak mana-mana...sebodoh2 nya saya pun tak pikir jika saidina ali ra menyuruh taat pada nya...sedang beliau sgt berpengang dg ajaran Rasul saw....

      Delete
  3. Alhamdulillah...bnyk yg sy dapat dan faham slps baca penulisan ni..sudah lama cari mklumat psl syiah,perang jamal dan punca kewafatan saidina uthman..terima kasih ats segala ilmu yg dikongsikan...

    ReplyDelete
  4. Kalo antum itu seorang muslim yg baik dan meu berdiskusi dgn benar serta ingin mengetahui mana jalan yg benar dan salah mana fakta dan mana fitnah maka ana siap berdiskusi bersama antum dan insya Allah akan mampu meluruskan pemahaman antum yg menyimpang ttg syiah khususnya syiah imamiyah 12 imam. tapi kalo cara antum mendelete koment org yg tak sesuai keinginan antum itu namanya bukan mencari kebenaran tapi hanya mencari PEMBENARAN VERSI ANTUM SAJA.

    APAKAH SEPERTI INI AJARAN SUNI ???? APAKAH MEMANG SEPERTI INI NABI SAW MENGAJARKANNYA KEPADA UMATNYA ???. SEJARAH MEMBUKTIKAN BAHWA NABI BANYAK SEKALI BERDIALOQ DGN YAHUDI DAN NASRANI SERTA KAUM MUNAFIK. SEMUA DILAYANI NABI DGN HUJJAH DAN DALIL YG TERANG DAN MASUK AKAL. DAN TAK PERNAH NABI MENUTUP DIRI DAN MENYEBUNYIKAN / CUT HUJJAH LAWAN BICARA UTK MENCARI KEBENARAN.

    APAKAH ANTUM SIAP SEPERTI APA YG DIAJARKAN NABI SAW DGN MENCANTUMKAN SEMUA KOMENT ORG YG BERSEBERANGAN DGN ANDA SELAMA MEREKA MEMAKAI DALIL DARI AL-QURAN DAN HADIST SHAHIH ???

    KALO TIDAK BIARLAH ANTUM TENGGELAM DALAM KESESATAN SAMPAI AJAL MENJEMPUT KARENA DIDUNIA ANTUM TAK MAU MENDENGARKAN KEBENARAN. LALU MENGAKU-NGAKU PENGIKUT NABI SAW. SUNGGUH SANGAT LUCU ANTUM INI.

    ReplyDelete
  5. SILAHKAN ANTUM CERNA DENGAN LOGIKA :
    1. yusuf qordhawi mengatakan hibullah sbg hizbu syaiton, ia menyamakan hizbullah dgn kaum kuffar dan ia mengutuk iran.

    2. dihizbullah pimpinan mereka adalah ahlul bait nabi saw yaitu sayyid hasan nasrullah.
    3. diran pimpinan tertinggi negara dan agama dipegang oleh ahlul bait nabi saw .

    nabi saw bersabda :
    a. perumpamaan ahlul baitku seperti bahtera nabi nuh siapa yg menaikinya akan selamat siapa yg tertinggal akan tengelaman.

    b. perumpamaan ahlul baitku seperti pintu gerbang pengampunan bani israel
    kedudukan ahlul baitku seperti kepala atas badan dan seperti mata atas kepala.

    c. tidak sah sholat seseorang tanpa bersalawat kepada ahlul bait nabi saw.

    Kesimpulan
    berpedoman dan mengikuti ahlul bait nabi wajib hukumnya LALU KALO MENGIKUTI SYEIKH YUSUF QORDAWI ITU DASARNYA APA ????

    YANG ADA DALIL DARI NABI KALIAN MUSUHI YG TAK ADA NASH DAN BERDASARKAN HAWA NAFSU SEPERTI PERKATAAN YUSUF QORDHAWI KALIAN IKUTI.

    KALIAN INI MAU IKUT NABI SAW ATAU YUSUF QORDHAWI ??? KOK SAYA JADI BINGGUNG NIH......HEHEHEH PASTI KOMENT ANA TAK DIMUAT LAGI NIH....

    ReplyDelete
  6. katanya org syiah sesat,kafir tak punya hujjah dan...dan... dst. tapi diajak diskusi sama org syiah kok org suni pada takut semua ya ???? kalo antu kurang berilu silahkan panggil ustad ataupun syeikh2 antum dan bawa mereka kesini biar kita berhujjah untuk mencari siapa yg berada dijalan yg benar dan siapa yg berada dijalan yg menyimpang dgn acuan adalah Al-quran dan hadist.

    Bahkan kami org syiah siap berhujjah dgn kalian dgn memakai semua kitab2 hadist dan tarikh org suni seperti ath-thabari, ibnu kasir, jalaludin as sayuti, ibnu hajar, bukhari, muslim ajmad dll. untuk membenarkan pemahaman kami syiah jauh lebih unggul dibandingkan kalian org suni. dan ulama2 yg saya sebutkan ikut membenarkan pemahaman syiah tersebut. Jika antum tak percaya mari kita diskusi topik diatas atau topik yg lain. ana tunggu ya bro ?

    sebab semboyan kami adalah : " KAMI BERPUTAR KEMANAPUN DALIL ( AL-QURAN DAN HADIST SHAHIH) BERPUTAR"

    ReplyDelete
  7. salam. saudaraku. tajdidkan minda kalian. jgn kritik secara melulu. ilmu itu tiada putus sehingga ke alam barzakh. luaskan perjalanan byk pengalaman yg berguna. Islam itu tidak jumud disuatu tempat. Islam itu merangkumi umat di seluruh dunia tanpa mengira keturunan, bangsa atau pun warna kulit.. TAJDIDKAN MINDA.

    ReplyDelete
  8. salam.. tajdidkan minda agar tidak jumud pemikirannya.

    ReplyDelete
  9. salam. tajdidkan minda agar keluar dari kejumudan pemikiran.

    ReplyDelete
  10. salam.. tajdidkan minda agar tidak jumud pemikirannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2. NABI SAW MENYANGKAL AISYAH TIDAK LEBIH BAIK DARI ISTRI NABI SAW YG LAIN HAL INI DIKATAKAN NABI SAW KETIKA AISAH DAN HAFSAH MENYAKITI ISTRI NABI SAW YG LAIN

      Perkara yang sama terjadi dengan Safiyya anak perempuan Huyay apabila Rasul Allah [sawas] masuk kebiliknya dan mendapati dia sedang menangis. Baginda bertanya: "Apa yang menyedihkan kamu?" Dia menjawab: "Saya dapat tahu bahawa kedua mereka `Ayesha dan Hafsa berkata yang buruk mengenai saya dan mengatakan bahawa
      mereka lebih baik dari saya." Baginda [sawas] berkata: "Mengapa kamu tidak katakan kepada mereka: `Bagaimana kamu boleh menjadi lebih baik dari saya, oleh kerana bapa saya adalah Harun, bapa saudara saya adalah Musa, dan suami saya adalah Muhammad?'"
      (Ini telah disebutkan oleh al-Tirmithi dari Kinanah, hamba kepada umm mukminin Safiyya, dan ianya disampaikan oleh Ibn `Abd al-Birr di dalam biografi Safiyya dari bukunya Isti`ab, Ibn Hajar di dalam biografinya dari buku Al-Isabah, oleh Shaykh Rashid Rida pada penghujung ms 589, Vol. 12, dari buku Manar, sebagai tambahan kepada banyak lagi tradisi yang lain )

      3. AISYAH SEBAGAI PEMIMPIN PERANG UNTA MEMBUNUH SAHABAT NABI SAW DAN ORANG MUSLIM DIDALAM MESJID
      • Ketika memerangi Amirul Mukminin, dia telah menjelajah segala pelusuk, memimpin pasukan yang besar untuk merampas kerajaan beliau dan menamatkan pemerintahannya. Apa yang terjadi telah terjadi; Saya bukanlah penyampai padanya; Maka tinggallah kenangan yang baik, dan jangan tanyakan siapa, bila dan bagaimana. Untuk berhujah menyokong penafian wasiat untuk ‘Ali dengan menggunakan kenyataan dia, musuhnya yang paling ketat, adalah satu percubaan yang tidak diduga langsung oleh mana-mana orang yang mempunyai fikiran. Dan bukan insiden itu sahaja yang menunjukan kebencian dia terhadap ‘Ali [as]. Menafikan wasiat kepada ‘Ali mempunyai pengertian yang amat kecil dari Peperangan Unta yang Kecil.

      KETERANGAN
      • Persengketaan Peperangan Unta yang kecil berlaku di Basra 5 hari sebelum berakhir bulan Rabi`ul-Thani, 36 H., sebelum ketibaan Amirul Mukminin (as) disana, apabila kota tersebut diserang oleh umm mukminin [`Ayesha] bersama Talhah dan al-Zubayr. Kerajaan `Ali di Basra pada ketika itu adalah `Uthman ibn Hanif al- Ansari. 40 penyokong `Ali (as) telah dibunuh di dalam masjid, dan 70 yang lain ditempat berasingan. `Uthman ibn Hanif, seorang dari sahabat yang terkemuka telah ditawan, dan mereka hendak membunuhnya tetapi takut akan tindak balas dari saudara Suhayl dan dari Ansar yang lain; maka mereka mencukur janggut, kumis, bulu kening dan kepalanya, mereka memukulnya dan memenjarakannya kemudian mengusir dia dari Basra. Mereka telah diperangi oleh Hakim ibn Jablah, dengan sekumpulan kaumnya `Abd Qays, yang mana dia adalah ketuanya. Hakim adalah seorang yang bijaksana, benar dan dihormati, dan dia telah diikuti oleh sekumpulan kaum Banu Rabi`a yang enggan berhenti berperang sehingga kesemuanya gugur sebagai syahid, termasuk Hakim, dan anaknya yang dihormati, saudaranya yang berani, dan akhirnya Basra jatuh ketangan pihak tentera yang menyerang. Apabila `Ali (as) tiba, beliau terpaksa berhadapan dengan tentera `Ayesha, dan begitulah Peperangan Unta yang Besar berlaku. Secara khusus kedua–dua peperangan telah disimpan di dalam buku sejarah yang ditulis oleh Ibn Jarir, Ibn al-Athir, dan banyak lagi.

      Delete
    2. • Dan di Peperangan Unta yang Besar benar-benar telah menampakkan niat jahatnya dan pelindungnya telah terbuka. Begitu juga, altitiut dia jelas terlihat walaupun sebelum keluar memerangi beliau, orang yang menjadi wali bagi dirinya, dan wasi Rasulnya, sehinggalah ketika berita kematian beliau sampai kepadanya, yang mana dia sujud untuk bersyukur kepada Tuhan dan mengubah rangkap ini:
      • REFERENSI : Seperti yang disebut oleh buku tarikh yang dipercayai seperti Abul-Faraj al-Asfahani pada penghujung perbincangannya mengenai ‘Ali di dalam bukunya Maqatil al-Talibiyyin.

      Jika kamu berhajat, saya akan nyatakan lebih banyak bukti yang menyatakan fakta bahawa, dengan mengikuti sentimennya, AISYAH suatu ketika berkata kepada Rasul Allah [sawas], ‘Ianya kelihatan seperti kamu berbau maghafir [bunga kecil berbau amat busuk], mengenai hal ini aisyah sebagai ketua konspirasi dan pembuat fitnah ini disebabkan cemburunya terhadap umm mukminin Maria, [seorang kristian Mesir, isteri baginda] dan anaknya Ibrahim [as]
      (Dari apa yang al-Bukhari telah sebutkan di dalam penerangannya pada surah al-Tahrim di dalam sahihnya, pada ms 136, jilid 3; maka rujuklah kepadanya dan akan terperanjat. Terdapat beberapa hadith yang disebutkan dari `Umer mengatakan bahawa dua wanita berkonpirasi terhadap Rasul Allah [sawas], mereka adalah `Ayesha dan Hafsa. Terdapat hadith yang panjang berkaitan dengan isu ini. Silahkan rujuk Sesiapa yang berhasrat untuk mengetahui dengan lebih mendalam akan bencana ini hendaklah menyelidik biografi Umm Mukminin Mary [atau Mariyya, berbangsa Copt [keristian Mesir], isteri Rasul [sawas]], keamanan keatas beliau, pada ms 39, Vol. 4, dari al-Hakim: Al-Mustadrak, atau dari Talkhis oleh al-Thahbi

      Delete
  11. SAYA AKAN KEMUKAKAN KEBURUKAN-KEBURUKAN AHLAK AISYAH THD NABI SAW DAN MENENTANG AYAT-AYAT ALLAH.

    1. AISAH MERENDAHKAN ISTRI NABI PERTAMA DAN YG PALING UTAMA YAITU SITI KHADIJAH

    Ayesha juga telah dilaporkan sebagai berkata, "Rasul Allah [sawas] tidak pernah meninggalkan rumah sebelum menyebut Khadija dan memujinya. Satu hari baginda menyebutnya, dan saya merasa cemburu. Saya berkata: `Dia adalah seorang WANITA TUA, sedang Allah telah merahmati kamu dengan seorang yang lebih baik darinya?' Baginda menjadi amat terluka sehingga rambut baginda yang dihadapan bergoyang dengan kemarahan, kemudian baginda berkata: `Tidak demi Allah! Allah tidak merahmatkan saya dengan seorang yang lebih baik darinya! Beliau percaya kepada saya apabila manusia tidak; beliau meyakini saya apabila manusia mengatakan saya pendusta; beliau berikan bahagian yang sama dari hartanya kepada saya apabila manusia menghalang saya, dan Allah merahmati saya dengan anak-anak dengannya sedang menghalangI saya dari anak-anak dari wanita yang lain.'"

    ( Hadith ini dan yang berikutnya adalah diantara hadith yang khusus disampaikan oleh Sunnis. Rujuk kepadanya di dalam perbincangan Khadija al-Kubra (as) di dalam Isti`ab, dan kamu akan menjumpainya seperti yang kami sebutkan disini dengan tepat [verbatim.] Ianya telah disebutkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam sahih mereka dengan perkataan yang hampir sama )

    Dari itu isteri Rasul yang terbaik adalah Khadija al-Kubra, yang benar pada ummah ini, yang pertama di dalam mempercayai kepada Allah dan kitabNya dan pada menghiburkan RasulNya. Allah telah mengilhamkan RasulNya [sawas] untuk menyampaikan berita gembira kepada beliau bahawa beliau mempunyai di dalam syurga sebuah rumah yang diperbuat dari emas dan perak,
    [Seperti disampaikan oleh al-Bukhari di dalam Bab cemburunya wanita dan sentimen, pada penghujung tajuk perkahwinan, ms 175, Vol. 3, dari Sahih.)

    ReplyDelete
  12. SILAHKAN ANTUM SIMAK AHLAK AISYAH YG BURUK KEPADA NABI SAW BAHKAN AISYAH BERANI MENENTANG PERINTAH ALLAH SWT.

    1. AISAH MERENDAHKAN ISTRI NABI PERTAMA DAN YG PALING UTAMA YAITU SITI KHADIJAH

    Ayesha juga telah dilaporkan sebagai berkata, "Rasul Allah [sawas] tidak pernah meninggalkan rumah sebelum menyebut Khadija dan memujinya. Satu hari baginda menyebutnya, dan saya merasa cemburu. Saya berkata: `Dia adalah seorang WANITA TUA, sedang Allah telah merahmati kamu dengan seorang yang lebih baik darinya?' Baginda menjadi amat terluka sehingga rambut baginda yang dihadapan bergoyang dengan kemarahan, kemudian baginda berkata: `Tidak demi Allah! Allah tidak merahmatkan saya dengan seorang yang lebih baik darinya! Beliau percaya kepada saya apabila manusia tidak; beliau meyakini saya apabila manusia mengatakan saya pendusta; beliau berikan bahagian yang sama dari hartanya kepada saya apabila manusia menghalang saya, dan Allah merahmati saya dengan anak-anak dengannya sedang menghalang saya dari anak-anak dari wanita yang lain.'"

    ( Hadith ini dan yang berikutnya adalah diantara hadith yang khusus disampaikan oleh Sunnis. Rujuk kepadanya di dalam perbincangan Khadija al-Kubra (as) di dalam Isti`ab, dan kamu akan menjumpainya seperti yang kami sebutkan disini dengan tepat [verbatim.] Ianya telah disebutkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam sahih mereka dengan perkataan yang hampir sama )

    Dari itu isteri Rasul yang terbaik adalah Khadija al-Kubra, yang benar pada ummah ini, yang pertama di dalam mempercayai kepada Allah dan kitabNya dan pada menghiburkan RasulNya. Allah telah mengilhamkan RasulNya [sawas] untuk menyampaikan berita gembira kepada beliau bahawa beliau mempunyai di dalam syurga sebuah rumah yang diperbuat dari emas dan perak,
    [Seperti disampaikan oleh al-Bukhari di dalam Bab cemburunya wanita dan sentimen, pada penghujung tajuk perkahwinan, ms 175, Vol. 3, dari Sahih.)

    ReplyDelete
  13. 4.Aisyah mengatakan nabi berat sebelah
    Suatu ketika lagi dia mengadu kepada bapanya (abu bakar) mengenai baginda
    [sawas], memetik kepada kenyataanya yang aisyah berkata kepada nabi saw didepan abu bakar , "Janganlah sekarang berat sebelah [memihak],"
    (Isu ini telah disebutkan oleh pengarang buku tradisi dan sejarah; maka rujuklah kepada hadith number 1020 dari yang disampaikan di dalam Kanz al-`Ummal, ms 116, Vol. 7, dan ianya disebutkan oleh al-Ghazali di dalam seksen 3 dari tajuk berkenaan perkahwinan dimuka surat 35, Vol. 2, dari Ihya'ul-`Ulum. Ianya juga disebut di dalam seksen 94 dari bukunya Mukashafatul Qulub, pada penghujung ms 238.)

    yang mana bapanya telah menampar dengan kuat sehingga bajunya menjadi basah dengan darah. Suatu ketika lagi apabila dia menjadi marah dengan baginda [sawas], aisyah berkata: "... dan kamu mengaku yang kamu adalah Rasul Allah...,"
    (Seperti yang disebutkan oleh al-Ghazali di dalam kedua seksen pada buku yang dinyatakan diatas )

    5. Nabi saw ditegur oleh Allah karena kelakuan aisyah
    tidak juga dia cuba membuat Rasul mengharamkan sesuatu keatas dirinya yang mana Allah telah halalkan padanya,
    ( Ini adalah rujukan kepada ayat: "Wahai Rasul! Mengapa kamu jadikan haram apa yang Allah telah jadikan halal bagi kamu, mencari untuk menyenangkan isteri kamu (Qur'an, 66:1)?"


    6. tidak juga Rasul [sawas] ketika bersyarah menunjuk kepada kediamannya dengan berkata: "Disitulah terdapat perselisihan, perpecahan, dan pertengkaran…..; dari sanalah taduk syaitan akan keluar,"
    (Ini telah disebutkan oleh al-Bukhari di dalam seksen yang berkaitan dengan cerita apa yang terjadi di dalam rumah para isteri Rasul di dalam huraiannya pada isu perang jihad dan biografi Rasul; di dalam sahihnya. Ianya juga pada muka surat 125, jilid 2, di dalam bab perundangan khums dan cara pembayarannya, perkataannya di dalam sahih Muslim adalah seperti berikut: "Rasul Allah keluar dari rumah `Ayesha's dan berkata: `Tanduk syaitan akan keluar dari tempat ini;'" maka rujuk kepada ms 503 dari jilidnya yang kedua [Teks Arab yang asal].

    ReplyDelete
  14. 7. AISYAH MERENTANGKAN KAKINYA DIHADAPAN NABI KETIKA SHOLAT
    Tidak juga kelakuannya membolehkan dia meluruskan kakinya dihadapan Rasul yang sedang bersolat, dengan itu telah menunjukan tanda tidak hormat kepada baginda dan juga kepada solat, dengan tidak menggerakkan kakinya dari tempat sujud sehingga baginda mengerakkannya supaya dialihkan, maka barulah dia mengalihkan, sehinggalah baginda berdiri dari sujud, maka dia akan meletakkan kakinya semula...!
    (Rujuk kepada sahih Bukhari di dalam seksen yang berkaitan dengan apakah perbuatan yang diperbolehkan ketika melakukan solat, ms 143, Vol. 1.)

    8. Aisyah mengatakan usman adalah seorang yahudi tua/kafir (Na`thal)

    Beginilah dirinya. Seolah dia tidak melanggar susila dengan membangkitkan semangat rakyat menentang `Uthman, memanggil dia "Na`thal," berkata, disebutkan secara tepat [verbatim], "Uqtulu Na`thal faqad kafar!" ("Bunuh Na`thal, kerana dia telah bertukar menjadi kafir."
    [Dia mencemohkan `Uthman dan menolak kebanyakkan dari tindakkannya, memanggilnya dengan namanama yang buruk, dan kenyataannya: "Bunuh Na`thal, kerana dia telah bertukar menjadi kafir," ini telah tidak diabaikan oleh mana-mana buku yang mengandongi peristiwa dan kejadian yang demikian. Mencukupi bagi kamu apa yang terdapat di dalam buku sejarah oleh Ibn Jarir, Ibn al-Athir, dan oleh yang lainnya. Sebahagian individu menolak keperibadiannya dan mengubah syair di dalam perkara ini seperti berikut: Kamu memulakan sesuatu dan merancang, Seperti angin bertiup dan hujan mengairi; Kamu memerintah mereka supaya membunuh Imam,Mengatakan dia berpaling dari Islam... Sehingga penghujung ayat tersebut yang telah disebutkan di dalam muka surat 80, Vol. 3, dari Ibn al-Athir's Al- Kamil, setelah rujukan dibuat bagaimana bermulanya Peperangan Unta.

    Jelas aisyah melanggar perintah Allah dalam surat al-ahzab ayat 32
    Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,
    APAKAH MENGATAKAN “NATSHAL” KEPADA USMAN ADALAH PERKATAAN YG BAIK ???

    ReplyDelete
  15. 9. Aisyah menentang perintah Allah swt agar tidak keluar dari rumahnya, setelah diperintahkan oleh Allah awj untuk tinggal di dalamnya,

    Firman Allah: "Dan tinggal dirumah kamu, dan jangan menghiasi diri kamu seperti yang kamu lakukan dizaman jahiliyya (Qur'an, 33:33)."

    Kenyataan aisyah malah keluar dari rumah dan memberontak serta memerangi imam ali as sebagai khalifah yg sah kaum muslimin pada saat itu.

    Banyak dikalangan salafi-wahabi serta ahlul sunah wal Jemaah mengatakan syiah menuduh aisyah adalah “perempuan lacur” . Fitnah ini sengaja dilontarkan untuk perpecahan umat. Tidak ada satu ulama ahlul bait dan ulama syiah yg lain mengatakan seperti itu. Yg dikatakan syiah adalah aisyah adalah istri nabi yg paling buruk akhlaknya diantara semua umm mukminin. Dan aisayh adalah orang yg paling membenci ahlul bait nabi saw.

    Kami cukupkan saja sampai disini. Dan terbukti TIDAK ADA SATUPUN TUDUHAN WAHABI DAN AHLUL SUNAH BAHWA SYIAH SESAT, BUKAN ISLAM BERDASARKAN DALIL SHAHIH ( BAIK BERUPA AL-QURAN DAN HADIST NABI SAW)
    TAPI SEBALIKNYA MAZHAB SYIAH BEGITU MUDAH MENUNJUKAN DALIL2 DARI ULAMA SUNI SENDIRI ( BAIK ULAMA HADIST DAN TARIKH) TENTANG MITOS DAN AJARAN SUNI YG BANYAK MENYIMPANG.


    ReplyDelete
  16. alhamdulillah...syukur...sedikit tdk dpt lah saya tahu...pekara yg terjadi ini rasa nya lebih tepat angkara pihak ketiga pembawa fitnah...bagi saya yg kurang pengetahuan pun...melihat saidina ali membela islam...bukan menbela mengajak menbela diri nya utk mengikut nya...

    ReplyDelete
  17. Saya rasa kalau org tu humble dgn ilmunya takdela mengaku imam..dan amerika pun cakap je nk lawan iran tp tkde pun sbnrnya sbb amerika sgt suka iran yg mnjd punca prpecahan islam..ajaran ahlussunnah waljamaah selari dgn fitrah insan..sedangkan syiah lebih byk memburukkn org..

    ReplyDelete
  18. Saya rasa kalau org tu humble dgn ilmunya takdela mengaku imam..dan amerika pun cakap je nk lawan iran tp tkde pun sbnrnya sbb amerika sgt suka iran yg mnjd punca prpecahan islam..ajaran ahlussunnah waljamaah selari dgn fitrah insan..sedangkan syiah lebih byk memburukkn org..

    ReplyDelete
  19. sesat syiah....Syiah yg mengkafir kan Sahabat Rasulullah s.a.w. Sedangkan sahabat di janji kan syurga oleh Allah s.w.t

    ReplyDelete