Wednesday, August 7, 2013

Mahkamah izin petisyen - Nasib Lajim Ukin di hujung tanduk

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan petisyen pilihan raya Barisan Nasional yang mencabar kerusi yang dimenangi oleh Ketua Pembangkang Sabah Datuk Lajim Ukin.

Ini adalah petisyen pertama yang dibenarkan sejak pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mahkamah yang sama juga menolak petisyen Lajim yang mencabar keputusan pilihan raya parlimen Beaufort yang dimenangi oleh BN.

Petisyen bagi kerusi DUN Klias yang dimenangi oleh Lajim dengan majoriti 342 undi difailkan oleh calon BN Isnin Aliasnih, yang mendapat 6,182 undi berbanding 6,324 yang diperolehi Lajim.

BN Dibenar Cabar Keputusan Kerusi DUN Klias

Mahkamah Tinggi di sini membenarkan perbicaraan petisyen pilihan raya yang difailkan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias yang dimenangi Ketua Pembangkang Sabah, Datuk Lajim Ukin.

Ini adalah petisyen pertama yang dibenarkan untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, mahkamah tersebut menolak petisyen pilihan raya yang difailkan Lajim untuk mencabar kerusi Parlimen Beaufort di mana beliau tewas kepada BN.

Petisyen bagi kerusi Klias yang menyaksikan Lajim menang dengan undi majoriti 342, difailkan oleh calon BN, Isnin Aliasnih yang memperoleh 6,182 undi. Lajim menang dengan 6,324 undi.

Namun, Hakim Yew Jen Kie membatalkan petisyen yang difailkan Isnin terhadap Pegawai Pilihan Raya (RO) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta mengarahkan Isnin membayar kos RM10,000 kepada mereka.

Yew berkata Isnin tidak memberikan alasan bagaimana tindakan RO dan SPR telah menjejaskan keputusan kerusi DUN Klias.

Isnin diwakili peguam Japar Estaban, Saiful Aizat Moktar dan Rizwandean Bukhari Borhan.

Yew turut membatalkan petisyen yang difailkan Lajim untuk mencabar kesahihan keputusan di kerusi Beaufort.

Kerusi tersebut dimenangi calon BN, Datuk Azizah Mohd Dun.

Yew mengarahkan Lajim yang diwakili peguam Datuk Chau Chin Tang dan Datuk Lawrence Thien untuk membayar kos RM30,000 kepada Azizah dan RM10,000 setiap seorang kepada RO, Jupari@Jupri Etok dan SPR ketika perbicaraan pada petang Isnin.

Lajim mencabar keputusan kerusi Parlimen Beaufort dalam petisyen yang difailkannya pada 11 Jun atas pelbagai alasan termasuk, penyalahgunaan kuasa, individu tidak layak dibenarkan mengundi, membeli undi dan berlaku percanggahan dalam proses pilihan raya.

Lajim berhadapan saingan tiga penjuru dengan Azizah (BN) dan Guan Dee Bin Koh Hoi dari (STAR Sabah) untuk kerusi Beaufort.

Azizah yang memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperoleh 12,827 undi dan menang dengan majoriti tipis 673 ke atas Lajim yang meraih 12,154 undi manakala Guan Dee hanya menerima 409 undi.
Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com

No comments:

Post a Comment