Saturday, January 4, 2014

Ke arah Membendung Pengaruh Syi'ah - JAKIM

Ke arah Membendung Pengaruh Syi'ah
1996/Khas Akidah Sosial/Syariah
Tarikh Keputusan: 16 Jul, 1997
Keputusan:

Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Negeri Melaka hendaklah mengikut Undang-Undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak;

Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang;

Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan sebagainya dalam dan dengan apa-apa-apa cara yang lain yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
Keterangan/Hujah:

Fahaman Syi"ah adalah satu fahaman yang mempunyai pebezaan-perbezaan pokok dengan mazhab Sunni (Ahlus Sunnah Wal Jama'ah)yang diikuti oleh umat Islam di negara ini. Antara fahaman yang jelas bertentangan ialah :

Syi'ah menolak hadith yang tidak diriwayatkan oleh Ahlu Bait, sedangkan ahlu Sunnah wal Jama'ah tidak membezakannya asal saja hadith tersebut memenuhi syarat ilmu mustalah hadith.

Syiah melihat "imam" itu sebagai ma'sum, sedangkan Ahlus Sunnah wal Jama'ah melihatnya sebagai manusia biasa yang tidak terlepas daripada berbuat kesalahan/dosa.

Syiah tidak mengakui Ijma' tanpa adanya "Imam", sedangkan Ahlus Sunnah wal Ja'ah mengakui Ijma' tanpa mensyaratkan adanya "Imam".

Syi'ah pada umumnya tidak mengakui kekhalifahan Abu Bakr as-Siddiq, Umar al-Khattab dan Uthman al-'Affan sedangkan Ahlus Sunnah mengakui keempat-empat Khulafa' Rasyidin.

Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 24 Jul, 1997
Nombor Rujukan: PMM/0020 Klt. 2. (122)
Akta/Enakmen: M.P.U. 5


Ke Arah Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia
1996/Khas Akidah
Tarikh Keputusan: 27 Feb, 1998
Keputusan:
1. Adalah ditetapkan bahawa Umat Islam di Negeri Sembilan hendaklah mengikut undang-undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama"ah dari segi "aqidah, syariah dan akhlak.
2. Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama"ah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran
apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama"ah adalah dilarang.

3. Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran melalui buku, risalah, filem, video atau dengan apa-apa cara lain pun yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama"ah adalah dilarang.


Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 27 Feb, 1998
Nombor Rujukan: [JMKNNS.209(01) 914/1; PU/ NS
Akta/Enakmen: N.S.P.U.5.


Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia
Akidah
Tarikh Keputusan: 17 Jan, 1998
Keputusan:

Bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman setelah mengkaji, bersetuju sebulat suara membuat ketetapan BAHAWA KE ARAH MEMBENDUNG PENGARUH SYIAH DI MALAYSIA:

Adalah ditetapkan bahawa Umat Islam di Negeri Kedah Darul Aman hendaklah mengikut undang-undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.

Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah dilarang.

Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran melalui buku, risalah, filem, video atau dengan apa-apa cara lain pun yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah dilarang.

Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 18 Feb, 1999
Nombor Rujukan: Agama (K) 271 (4)
Akta/Enakmen: No.4 Jld. 42

No comments:

Post a Comment