Friday, August 16, 2013

Islamis bangkit melawan- inftifada II (video inside)

rasanya lebih syok membaca sambil dengar lagu intifada 

Setelah 3000 terkorban dan lebih 10000 cedera akibat keganasan tentera Mesir, semakin ramai rakyat Mesir bangkit menentang kerajaan kudeta. Kebangkitan kali ini lebih besar dan berlangsung di seluruh pelusuk negara tersebut.

Rakyat turun tanpa sebarang senjata, menadah tubuh dan bersedia untuk syahid.

Lelaki perempuan, tua dan muda, masing-masing telah kehilangan rasa takut pada peluru tetapi hanya takut kepada ALLAH. Berdiam diri terhadap apa yang berlaku di Mesir dirasakan seperti merobek daging saudara sendiri. Daripada hidup dimurkai ALlah lebih baik mati sebagai syuhada. 

Dengan pegangan Islam yang kukuh berbekalkan senaskah Al Quran, mereka turun beramai-ramai membanjiri seluruh pelusuk negara Mesir  terutama di Iskandariah, Fayyoum, Tanta dan Aswan dengan satu matlamat mengembalikan Morsi sebagai president kerana hanya dengan kehadiran Morsi, Islam akan dimartabatkan di tempat yang sepatutnya.

Perarakan besar-besaran di Wilayah Iskandariah sedang berlansung pada jam 10.00 malam (waktu Malaysia) bagi mengecam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pihak tentera dan polis semasa meleraikan perhimpunan semalam dan menuntut pembebasan Morsi.
Perarakan di Iskandariah jam 10.00 malam waktu Malaysia 
di Ismailiyah 10.00 malam waktu Malaysia 

saksikan video indahnya perjuangan mereka


askar Mesir kantoi palsukan bukti penemuan senjata demonstran

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment