Wednesday, August 14, 2013

Ibu lapor polis dakwa AJK PIBG cabul anak perempuannya

Ashley Jessica diperiksa oleh pegawai
Seorang ibu kepada seorang gadis 16 tahun membuat laporan polis kedua terhadap timbalan pengerusi satu Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah kerana didakwa mencabul anak perempuannya.

Beliau juga membuat laporan terhadap polis dan pihak sekolah kerana didakwa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan itu.

"Ini adalah laporan kedua saya terhadap pegawai itu. Saya membuat satu laporan pada Mac tahun ini tetapi tiada tindakan diambil," kata ibu itu kepada FMT selepas membuat laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Rabu lepas.

Tukang cuci berusia 39 tahun itu mendakwa bahawa anaknya telah dicabul oleh timbalan pengerusi PIBG di sebuah sekolah di Damansara ketika melakukan pemeriksaan badan anak perempuan pada 21 Mac, tahun ini.

"Pegawai itu datang ke kelas anak perempuan saya dan menuduh dia membawa telefon bimbit ke sekolah. Dia kemudian menggerakkan tangannya pada badan anak saya atas alasan untuk melakukan pemeriksaan badan di hadapan guru."

"Saya terkejut bagaimana seorang lelaki boleh dibenarkan masuk ke kelas seperti itu dan lebih teruk lagi, melakukan pemeriksaan badan pada seorang pelajar perempuan," dakwa ibu berkenaan.

Berita penuh di FMT
adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Buang Pengetua dan Pengerusi PIBG sekolah tersebut. Tak tahu undang2 langsung! Pencabul itu mesti dihukum!

    ReplyDelete