Monday, August 5, 2013

hendak tunjuk hero, tangkap sana, tangkap sini.

KUALA LUMPUR: Rasa panik akan berlakunya kebangkitan rakyat serta keghairahan menjadi wira menjelang pemilihan Umno mendorong pemimpin-pemimpin parti itu menzalimi rakyat yang tidak mereka sukai, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Sekarang ini falsafah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pasca pilihan raya umum ke-13 ialah haramkan, tangkap, tahan, reman, lokap, denda, penjarakan, menghina, Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.

Selepas pilihan raya umum ke-13, katanya lagi, kerajaan BN seperti ayam disambar helang.

"Bila fakta menunjukkan majoriti rakyat menolak mereka, BN tidak keruan lari ke hulu ke hilir.

"Perasaan takut dan cemas menangkap mereka," kata Mahfuz.

Sebab itulah, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, apa-apa sahaja terus dituduh, dihina, ditangkap dan didakwa.


"Riuh rendah menteri-menteri BN bercakap mengenai keghairahan mereka kepada undang-undang seperti EO dan ISA.

"Sebenarnya jauh di dalam naluri mereka, mereka takut kepada kemarahan dan kebangkitan rakyat.

"Mereka panik, takut ketamakan dan kebobrokan mereka dibongkar dan diketahui rakyat," kata Mahfuz.

Kepanikan pemimpin-pemimpin Umno itu, katanya, "diulamkan pula dengan pemilihan di dalam Umno yang dijangka diadakan November ini".

Makin menjadi-jadi penyakit tidak keruan mereka kerana berebut jawatan-jawatan, kata beliau.

"Sebab itulah Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) riuh rendah hendak tunjuk hero, tangkap sana, tangkap sini.

"Tidak ketinggalan Menteri Agama (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom) pun hendak tunjuk hero," kata Mahfuz
adios

1 comment:

  1. parti pandi kutty buat apapun rakyat dah meluat & tahu ! taktik nak kembalikan ISA bila buat heboh & kecoh,jadi kepoh habis ! ABU jangan lupa !

    ReplyDelete