Wednesday, August 14, 2013

Guan Eng kantoi salah parking...


Sekeping gambar kereta milik Ketua Menteri Pulau Pinang yang diparkir secara salah tersebar di Internet dan mencetuskan perdebatan sama ada Lim Guan Eng mempunyai keistimewaan tempat letak kereta khas.

Rakaman gambar yang tersebar itu menunjukkan kenderaan milik Lim diletakkan di kawasan yang mempunyai papan tanda amaran.

Gambar yang diambil pada tengah hari semalam itu juga telah dikongsi secara meluas di laman Facebook dengan kapsyen "Is double line parking the privilege of PG1?" (Adakah meletakkan kenderaan di garisan berkembar keistimewaan PG1?)

Penyokong BN dalam komentar di laman sosial mendakwa Lim yang juga Setiausaha Agung DAP itu melanggar undang-undang secara terang-terangan.

Pihak lain pula mengatakan, isu itu merupakan perkara kecil yang diperbesarkan memandangkan kawasan tempat letak kereta memang menjadi masalah di pusat bandar Pulau Pinang.

Sementara itu, Lim ketika ditanya mengenai perkara tersebut berkata beliau semasa kejadian sedang bertemu dengan beberapa wartawan dan tetamu dari Hong Kong di sebuah kedai kopi.

Lim berkata, pemandunya boleh dikenakan denda oleh penguatkuasa kerajaan tempatan seperti orang lain jika tidak bernasib baik.

"Apapun saya telah nasihat dia (pemandu) bahawa tidak boleh meletakkan kereta di kawasan yang tidak dibenarkan walaupun dia berada di dalam kereta pada masa itu," katanya.

Selain itu, Lim juga berkata, untuk mencari tempat letak kereta di kawasan yang sibuk seperti Jalan Campbell adalah sukar terutamanya pada musim perayaan.

"Tetapi kami tidak selalu pergi ke hotel lima bintang untuk minum atau meraikan tetamu kami.

"Mungkin kami perlu pergi ke hotel kerana kita tidak mempunyai masalah dengan kawasan tempat letak kereta di tempat seperti itu," kata Lim. -MK

adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment