Saturday, January 4, 2014

Daun Betik Penawar Denggi- Terbukti Berkesan

Daun betik adalah sejenis daun yang pahit jika dikunyah. Ramai orang melayu terutama yang membesar di kampung-kampung tahu akan khasiat pucuk betik. Justeru itu ramai yang menjadikan pucuk betik sebagai ulam dimakan mentah atau dicelur dan dimakan bersama sambal belacan.

Gua mendapat maklumat ini daripada seorang cina melalui email beberapa tahun lepas melalui grup perisik rakyat. Semenjak itu apabila demam melebihi dua hari gua akan merebus daun betik dan minum airnya. Dengan izin tuhan demam gua kebah.

Awal tahun ini member gua dan isterinya disahkan dijangkiti demam denggi (bukan denggi berdarah) oleh hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.Isterinya bakal ditahan di wad. Member gua ini masih ingat akan petua yang gua bagi. Walaubagaimanapun dia hubungi gua untuk penjelasan cara menggunakan daun betik. Member gua bawa isterinya cabut balik rumah dulu sebelum masuk wad.(tak tau macam mana dia boleh lepas)

Gua pun beri info sejelasnya kepada member gua itu. Dia memberi isterinya minum dua sudu air daun betik.Apabila tiba di wad isterinya diperiksa oleh doktor wad berkenaan dan disahkan tiada denggi. Bukan main gumbira member gua apabila isteri tersayang tak jadi masuk wad. wakaka!

Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba , SILAKAN!

Cara menyediakan air daun betik untuk demam denggi

1. Ambil dua helai daun betik yang tidak terlalu tua dan tidak pula terlalu muda
2. Buang semua urat daun yang kasar. (kalau rajin buang yang halus juga) kita hanya perlukan daunnya sahaja.
3. Bersihkan daun tersebut
4. blender dengan segelas air. (agak-agak saja)
5. Panaskan air daun betik itu dengan api yang sederhana sehingga tinggal sesudu atau dua sudu
6. Minum sesudah air itu sejuk secara semula jadi jangan bubuh ais.. wakaka!
7. kalau sanggup boleh diminum mentah tanpa direbus.
8. Ingat pahinya bukan main.

ulang minum selepas dua jam

Ini pula Cara yang disarankan oleh blog lunalanun

Kaedah:
Ambil 2 helai daun betik segar yang baru dipetik (seperti dalam gambar di atas/tidak perlu ambil yang pucuk/terlalu tua).

Buangkan bahagian batang daun betik tersebut dan carikkan bahagian daun sahaja.

Basuh daun dengan bersih, kemudian tumbukkan daun tersebut sehingga lumat/berair.

Perahkan jus daun betik yang telah ditumbuk tadi sehingga dapat sekurang-kurangnya 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik.

Jangan didihkan/larutkan dengan air jus tersebut.

Minum 2 kali sehari (pagi dan petang) sebanyak 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik. Pastikan setiap kali nak minum baru buat jus tersebut.

Jangan minum air selepas minum ekstrak daun betik tersebut. Rasanya sangat pahit, namun kebiasaannya yang pahit itulah penawar, kan?!

Daun betik berkesan kepada gua, adik ipar gua,member gua dan isterinya. Daun betik mungkin berkesan untuk anda juga.Insya ALLAH

AWAS: Jangan ambil daun betik yang baru diracun roundup sudah. wakaka

adios




1 comment:

  1. Satu lagi petua yang ingin saya kongsi bersama cara mengubati demam denggi ialah dengan meminum sup belut.Petua ini diberikan oleh seorang doktor kepada saya.Dari pengalaman kawan2 yang pernah terkena demam denggi, sup belut ini amat berkesan. Pernah dulu semasa saya sendiri terkena deman denggi dan kawan mengsyorkan sup ketam; tapi ia tidak berkesan dan terpaksa duduk wad selama satu minggu(masa tu belum dapat petua sup belut ni). Selamat mencuba.

    ReplyDelete