Tuesday, August 20, 2013

Bisnesman UAE tawar $143 k untuk tangkap pemimpin ikhwan


Seorang pengusaha perniagaan (Bisnesman) berasal dari United Arab Emirates (UAE) menyediakan hadiah wang sebanyak USD 143 000 atau 1 juta Pound Mesir untuk menangkap tiga pemimpin tinggi Ikhwanul Muslimin Mesir iaitu Muhammad Beltagy, Safwat Hijazi, dan Essam El-Erian

Hamad Al Mazroui, berkata kepada Press Agency Jerman (W B A) pada hari Selasa, “Dia akan memberikan sejumlah hadiah kepada siapa sahaja yang menangkap atau memberi informasi para pemimpin Ikhwanul Muslimin, Essam el Erian, Muhammad Beltagy, dan Safwat Hijazi, atau salah satu dari mereka.”

Dia menambah: “Penghargaan ini akan diberikan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri Mesir.”

Selain mengumumkan dalam akhabar tempatan di UAE, Hamad juga mengumumkannya melalui laman Twitter dan menerima respon positif dari orang Mesir yang menyokong inisiatif dirinya.


adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

1 comment:

  1. Si celaka ini membeli neraka ALlah dengan rezeki yg ALlah berikan kepadanya. Moga beliau segera ditimpakan bala yg amat pedih oleh ALlah SWT. Maha Suci ALlah selamatkanlah Islam dan pejuang-pejuang Islam di serata dunai khususnya di Mesir. Hancurkanlah pengkhianat Islam di serata dunia khususnya di Mesir.

    ReplyDelete