Saturday, January 4, 2014

Asiyah binti Mazahim isteri Firaun yang beriman

Ini adalah dorongan bagi kaum mukminin agar sentiasa bersabar ketika ditimpa cubaan. Yakni jagalah kesabaranmu ketika mendapatkan cubaan yang lebih lemah daripada kesabaran isteri Fir'aun ketika dia menghadapi tekanan dari Fir'aun. Dimana pada waktu itu Asiah beriman apa yang dibawa Musa.

Abul Aliyah berkata, "Fir'aun mendapat khabar dan mengetahui tentang keimanan isterinya, lalu dia keluar di hadapan khalayak ramai seraya berkata dengan marah

'Apakah yang kalian ketahui tentang Asiyah binti Mazahim? .Mereka orang-orang yang ramai itu memujinya (kerana ia isteri Firaun). Maka Fir'aun berkata kepada mereka, "sesungguhnya dia menyembah Tuhan selain aku. "

Mereka orang-orang ramai itu terkejut lantas berkata kepadanya (Jika demikian) bunuhlah dia." Kemudian dibuatkan untuk Asiyah sebuah tiang. Setelah itu tangan dan kakinya diikat di tiang itu.

Asiah pun berkata, "Ya tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah disisiMu dalam syurga. "Hal itu bersamaan dengan kehadiran Fir'aun di tempat penyiksaan itu. Maka dia (asiyah) terenyum ketika melihat gambaran rumahnya di syurga.Fir'aun dengan angkuh berkata., "Apakah kalian tidak merasa hairan dengan kegilaannya. Kita menyiksanya, namun dia bisa tersenyum. "Setelah itu keluarlah rohnya dari jasadnya.

(ucapan Asiyah ini di firmankan oleh Allah didalam Al Quran yangbermaksud :"Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata;" Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim (QS At-Tahriim: 11)

Salman Al farisy berkata sebagaimana diriwayatkan Usman Al Hindy, "Awalnya dia diseksa dengan panas matahari. Ketika sinar matahari menyengatnya, para malaikat melindungi dengan sayap-sayapnya. "Dikatakan kedua tangan serta kakinya ditancapkan dengan kayu berupa tiang di bawah sinar matahari, sedangkan punggungnya menyentuh rantai yang melingkar. Lalu Allah memperlihatkan kepadanya hingga dia melihat tempatnya di syurga. "Hasan berkata," bahawasanya tempatnya di bina dari mutiara, "tatkala dia berkata," selamatkanlah aku. "Lalu Allah menyelamatkannya dengan sebaik-baik penyelamatan. Lalu dia mengangkat rohnya ke syurga. Disana dia makan, minum dan bersenang-lenang.

Inilah ciri-ciri wanita beriman. Dia hidup di bawah kekuasan Fir'aun dengan berbagai macam bahaya. Sementara suaminya adalah manusia paling kafir kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Ketika itu Firaun telah mengakui dirinya sebagai Tuhan serta dzat yang patut disembah sebagai sekutu Allah. Namun Asiyah tidak tunduk pada keadaan yang demikian, bahkan dia menyerahkan segalanya kepada Allah baik ketika susah mahu pun senang. Memohon kepada Allah dengan berdoa untuk diselamatkan dari Firaun dan perbuatannya, baik kekufuran, kezaliman dan kesombongannya. Sebagaimana dia memohon keselamatan dari kaum yang zalim, yakni orang-orang qibti penduduk Mesir. Makbul terhadap permohonannya tidaklah lambat. Allah telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi. Allah telah membina istana untuknya di syurga.

adios
Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment