Saturday, January 4, 2014

Wafa Johanna De Korte akur, Sara Amelia Muhammad Bernad mohon maaf

Dua daripada empat peserta Muslim dalam pertandingan Miss Malaysia World 2013 menafikan mempertikaikan fatwa yang mengharamkan umat Islam terlibat dalam acara ratu cantik.

Sara Amelia Muhammad Bernad (gambar besar di atas), 20 berkata, kenyataannya sebelum ini berhubung perkara itu pendapat peribadi dan tidak berniat melanggar fatwa, lapor Berita Harian.

wafa johanna de korte"Saya tidak berniat menghina agama Islam, sebaliknya hanya menyatakan pendapat peribadi berhubung fatwa itu.

"Jika saya dianggap seolah-olah mencabar, saya mohon maaf," katanya melalui SMS kepada harian itu.

Sementara itu, Wafa Johanna De Korte (kiri), 19, pula dilapor berkata, beliau akur dengan pembatalan penyertaannya walaupun kecewa tidak dapat memenuhi impiannya.

"Saya berpendapat perlu ada wakil peserta Melayu, tetapi fatwa menetapkan orang Islam tidak dibenarkan menyertainya dan saya terpaksa akur," beliau dilapor sebagai berkata. - MK

Macam-macam cerita timbul dengan pengguguran mereka dari pertandingan Miss Malaysia 2013. Ada blogger mendakwa salah seorang daripada mereka ini dipelawa untuk murtad supaya dapat memenuhi impian. Benar atau palsu tidak dapat dipastikan.

adios

No comments:

Post a Comment