Thursday, July 4, 2013

TERKINI - Morsi dan keseluruhan team presiden ditahan tentera

\
Jurucakap media Ikhwanul Muslimin Gehad el-Haddad memberitahu BBC bahawa Encik Morsi telah diletakkan di bawah tahanan dalam rumah dan keseluruhan  'team' presiden ditahan.

Bapa Gehad el-Haddad,  Essam el-Haddad, dan Saad al-Katatni, ketua sayap politik Ikhwan, adalah antara mereka yang ditahan.

Akhbar al-Ahram melaporkan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan untuk 300 pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan Muslimin.

Turut ditangkap ialah pengurus Misr25 saluran pro gerakan Islam dan Morsi.

Gehad menambah, kumpulan 2000 penyokong Morsi ditembak ketika Rally semalam. Tidak dinyatakan berapa yang maut dan cedera kerana tembakan tersebut.

Bekas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Mahdi Akif pula ditangkap sebentar tadi 5.30am 5.7.2013
dalam usia beliau lebih 80 tahun. Hasbunallahu wani'mal wakil



TERKINI - Morsi dan keseluruhan team presiden ditahan tentera

Morsi diguling oleh Menteri Pertahanan yang dilantiknya 

Morsi digulingakan tentera - Adly Mansour diangkat president sementara


adios

No comments:

Post a Comment