Tuesday, July 2, 2013

Terbaik dari Hishamuddin - bayar kompaun AES

KUALA LUMPUR — Saman AES masih berkuat kuasa meskipunproses pendakwaan mahkamah ditangguh, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Ini bermakna pemandu yang menerima saman AES masih perlu menjelaskan kompaun yang dikenakan kepada mereka,” katanya dalam jawapan bertulis kepadasoalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat hari ini.
Hishammuddin berkata saman itu perlu dibayar kerana notis yang dikeluarkan kepada pesalah adalah mengikut peruntukan undang-undang.
Beliau berkata antara 14 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor yang terdapat penguatkuasaan AES setakat ini ialah Kilometer 375.9 Lebuhraya PLUS-Slim River (arah utara), Kilometer 7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh), Kilometer 91 Jalan Ipoh-Butterworth (arah ke Selatan), Kilometer 26 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (arah ke Selatan) dan Kilometer 204.6 Lebuhraya Klang Lama (persimpangan Jalan Sepadu) serta Jalan Lebuh Sentosa di Putrajaya (Kajang menuju PICC). -SH

adios

No comments:

Post a Comment