Saturday, July 6, 2013

Telahan Mursi menjadi kenyataan

Dia bukan wali , dia bukan berstatus nabi namun dengan segala kepintaran kurniaan Allah dia mengetahui siapa musuh-musuhnya dan siapa di belakang mereka.

1. menjangka beliau akan digulingkan
2. menjangka Syria dan Palestine akan mnerima akibat buruk daripada rampasan kuasa Mesir

Sebaik sahaja kepimpinan tentera Mesir menggulingkan Ir Dr Mursi sebagai presiden yang sah yang telah dipilik oleh rakyat Mesir secara demokratik, pasukan tentera yang sama juga terus menutup 'Rafah Gate' dan menutup terowong-terowong yang ada di antara Gaza dan Mesir.

Akibatnya, rakyat Palestin yang tidak berdosa telah kehilangan talian hayat mereka setelah dikepung oleh Israel sejak tahun 2007 yang lalu. Mereka akan terus tersepit tanpa bekalan bahan asasi seperti ubata-ubatan, bekalan makanan, perhubungan keluar masuk ke dunia luar yang lain dan sebagainya.

Lihatlah apa berlaku di Palestine. Israel terus memburu mereka dengan rakus dan merampas tanah mereka. Pintu Rafah telah ditutup. Terowong Gaza telah dimusnahkan. Ini adalah petanda penderitaan bagi rakyat Gaza.



adios

No comments:

Post a Comment