Thursday, July 11, 2013

tantera Fatah all sisi mula terdesak

KAHERAH - MESIR. Tentera Mesir kini disifatkan sebagai 'takut bayang-bayang sendiri' apabila mula melakukan pelbagai sekatan terhadap negara jiran yang menjadi penyokong kuat Presiden Muhamed Mursi.

Dipetik Press TV, selepas terowong di selatan Gaza dan Mesir di sempadan Rafah dimusnahkan sehari selepas penggulingan Mursi, negara itu kini mengenakan syarat baru di mana rakyat Syria berkunjung ke Mesir perlu memohon visa susulan konflik politik yang sehingga kini meragut lebih 50 nyawa.

Sumber konsulat Mesir melaporkan, rakyat Syria yang mahu berkunjung ke Mesir perlu memohon visa di Kedutaan Mesir.

“Keputusan kelulusan visa, akan diberitahu dalam tempoh 10 hingga 15 hari selepas permohonan dibuat,” katanya.

Menurutnya, syarat terbabit tidak dipastikan sama ada berkuat kuasa sementara atau kekal.

Dalam perkembangan lain, jurucakap Persaudaraan Islam Mesir, Tareq al-Morsi berkata, Perdana Menteri sementara, Hazem El-Beblawi mempelawa Ikwanul Muslimin dan Parti Keadilan menyertai kerajaan dengan memberi beberapa jawatan dalam Kabinet.

“Kami mengutuk rampasan kuasa ini dan tidak mengiktiraf kerajaan sementara itu,“ katanya.

Menurutnya, kumpulan gerakan itu juga tidak berhasrat mengadakan perbincangan dengan kerajaan sementara sehingga penggulingan Mursi dibatalkan.

Sementara itu, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat berikrar meneruskan sokongan terhadap kerajaan sementara dan tentera Mesir.

Raja Saudi, Raja Abdullah mengumumkan bantuan AS$8 bilion (RM25 bilion) diberikan kepada Mesir sebagai tanda sokongan terhadap rampasan kuasa oleh tentera manakala Washington melalui Jurucakap Rumah Putih, Jay Carney mengesahkan bantuan AS$1.5 bilion (RM4.7 bilion) yang diberikan sebelum ini akan diteruskan seperti biasa.

adios

1 comment:

  1. Lihatlah perangai Dajjal Arab Saudi dan EArab yang menjadi penjilat bontot Amerika! Iblis2 ini beriya2 hendak membantu penjenayah2 yang merampas kuasa di Mesir. Semasa kerajaan Islam memeritah, Iblis2 ini tidak terdetik pun di hati mereka hendak menghulurkan bantuan kepada Mesir.

    ReplyDelete