Tuesday, July 23, 2013

Sara Amelia Bernard dan fatwa 'lapuk'

Seorang peserta ratu cantik Sara Amelia Bernard mempersoalkan satu fatwa yang menyebabkan penganjur menggugurkan beliau daripada menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013.

Beliau mendakwa fatwa yang diwartakan pada 1996 itu “lapuk” dan tidak lagi sesuai digunakan pada masa sekarang.

Sara Amelia dalam tulisannya di Facebook menjelaskan, penganjur pertandingan berkenaan telahpun meminda peraturan untuk membenarkan peserta berpakaian sopan bagi memberi kesesuaian kepada peserta wanita beragama Islam.

"Saya telah diberitahu bahawa sebagai peserta beragama Islam, saya tidak akan memakai pakaian renang dalam pusingan baju renang sebaliknya hanya perlu berpakaian sederhana sama ada baju renang dengan seluar atau pakaian sukan.

"Saya juga telah diberitahu bahawa pertandingan akhir peringkat antarabangsa akan diadakan di negara Islam jiran kita, Indonesia," tulisnya.

Pertandingan akhir ini akan berlangsung di Bali dan Jakarta pada bulan September di tengah-tengah ancaman protes oleh kumpulan konservatif agama. - MK

adios

No comments:

Post a Comment