Saturday, August 3, 2013

Rayuan derma untuk bantu kos jaminan kes protes di hadapan parlimen


Cabaran paling besar menjelang Syawal , Isnin ini 29 Julai eeramai 33 orang akan didakwa (3 daripadanya wanita). Berdasarkan makluman dari pegawai penyiasat (IO) kes berkenaan dari IPD Dang Wangi menyatakan 33 akan dituduh dibawah Akta Perhimpunan Aman kerana menyertai himpunan haram dan 17 orang dari mereka akan diberikan tuduhan tambahan iaitu akta 147 iaitu cubaan merusuh.

Jumlah cukup besar iaitu seramai 33 orang, bayangkan jika seorang wang jamin RM3,000 bagi satu kesalahan maka ia mencecah RM150,000 nilai jaminan yang diperlukan. Jika tidak maka akan ada yang akan berpengalaman meraikan Eidulfitri dalam Penjara Sungai Buloh.

Kepada peguam yang sudi membantu untuk memberi khidmat guaman secara sukarela kami mohon untuk tampil ke depan dari seluruh negara kerana selain kes ini kami akan cuba membina rangkaian peguam rakyat bagi kes-kes perlawanan rakyat di seluruh negara.

Kepada yang berkemampuan diharap dapat bersama menyumbang bagi kami mengumpulkan dana yang cukup bagi tujuan ikat jamin, jika ada baki maka akan dikumpulkan bagi menjamin orang kena tuduh (OKT) berkaitan kes perlawanan rakyat dimasa hadapan.

Wang jamin mahkamah ini tidak hilang selepas kes selesai ia boleh diambil balik. Untuk itu bagi penyumbang dana dalam jumlah besar dan punya keberanian agar tampil ke depan sebagai penjamin sendiri dan wang jaminan akan dibuat dalam buku akaun dibawah nama penyumbang (dalam akaun bank yang dibekukan mahkamah) dan selepas kes selesai penyumbang boleh tampil ke mahkamah dapatkan surat bagi mengambil semula wang jamin tersebut.

Kepada peguam yang sedia berkhidmat harap dapat hubungi Safwan Anang 0148408219, Azmir Mustafa 0122231239 dengan smskan atau email ke samm4anakmuda@gmail.com butiran akuan sedia menyediakan khidmat guaman dan di mana .

Bagi penyumbang dana bagi tujuan membantu gerakan dan khususnya ikat jamin kes 33 orang yang akan didakwa Isnin (29 Julai ini) boleh terus masukkan ke akaun Maybank 555041113224 atas nama Solidariti Anak Muda. Selepas menyumbang harap dapat sms ke no 0126937908 atau email ke samm4anakmuda@gmail.com bagi makluman pengesahan.

Kami anak muda tekad untuk terus berjuang dengan sedaya upaya kami demi menyelamatkan satu satunya tanah air kita bersama , Malaysia. Namun kini kami memerlukan anda bersama semampu boleh.

Sekian dan terima kasih.

che'GuBard
Penyelaras SAMM

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/07/rayuan-bantuan-wang-jaminan-mahkamah.html#ixzz2a0IctMCn


adios

No comments:

Post a Comment