Friday, July 12, 2013

perarakan keranda penyokong Mursi

Perarakan keranda dan kafan menggegarkan jalan-jalan di Kaherah
bersama air mata rakyat Mesir yang becucuran

Perarakan keranda dan kafan yang diaturkan oleh rakyat Mesir yang terdiri daripada penyokong syari'yyah dan pembantah rampasan kuasa tentera.

Mereka bergerak dari Medan Rabiatul Adawiyah melintasi Bangunan Pengawal Republik sehingga ke Istana Ittihadiyyah.

Perarakan ini disertai oleh hampir setengah juta penunjuk perasaan yang menuntut pengembalian presiden Mursi sebagai pemimpin republik.

Penunjuk perasaan mengulangi laungan-laungan seperti : "Rakyat menyokong keteguhan presiden, bunuh lah kanak-kanak, lepaskanlah tembakan, kami punya Allah yang maha perkasa dan maha berkuasa di sisi kami, mereka bunuh saudara-saudara kami sewaktu mereka bersolat dan mereka menuduh kami sebagai pengganas, ketika solat subuh mereka membunuh saudara-saudara kami "

Berikutan laungan "Mereka membunuh saudara-saudara kami ketika solat " air mata mereka semua jatuh bercucuran sambil membawa 90 keranda simbolik dan hampir seribu rakyat membawa kain kafan bersama mereka sebagai tanda menunjukkan kesediaan mereka untuk mengorbankan diri sehingga nafas-nafas terakhir demi mempertahankan syari'yyah.


adios

No comments:

Post a Comment