Tuesday, July 16, 2013

pemerintah Syria penjenayah , kafir- Dr Sofwat Hijazi

Facebook “Ulamak Islam Dunia”: Presiden Ikatan Ulamak Sunni, Dr.Sofwat Hijazi (gambar) berkata, pemerintah rejim Syria hari ini adalah ‘penjenayah, kafir dan telah keluar dari Islam’.

Beliau yang juga anggota Kesatuan Ulamak Islam Sedunia berucap di Muktamar Pendirian Ulamak Ummah dalam Isu Syria di sebuah hotel di Kaherah berkata, memerangi rejim Basyar waktu ini merupakan kewajipan yang dituntut syarak.

Beliau juga mengumumkan penghantaran kumpulan tentera jihad dari golongan Sunni bagi berperang bersama-sama mujahidin yang lain di Syria.

Sebelum ini Syeikh Yusuf Qaradhawi sendiri berpandangan bahawa Basyar dan keluarganya serta pemerintah yang berpegang dengan akidah Syiah Nusairi ”lebih kafir dari Yahudi dan Nasrani”

Dr Sofwat Hijazi juga mengumumkan pembentukan Batalion Jihad Ulama’ Ummah. Mereka akan bersama-sama berjihad bersama mujahidin di Syria menentang rejim Basyar, Iran, Hizbu Syaitan dan pakatannya.

adios

No comments:

Post a Comment