Tuesday, July 23, 2013

Pegawai KDN Arab Saudi letak jawatan bantah penglibatan Saudi gulingkan Morsi

Seorang pegawai tinggi Kementerian Dalam negeri Saudi, Abdullah bin Masfar bin Wahf El-Qohtoni meletakkan jawatan sebagai tanda protes beliau kepada kerajaan Saudi yang disifatkan "memerangi Mesir dengan bantuan negara UAE."

Beliau mengumumkan perkara ini melalui "Twitter": "Saya mengumumkan peletakkan jawatan saya dari Kementerian Dalam negeri, demikian itu selepas mereka menyelewengkan hukum Allah dan memerangi Islam. Saya harapkan apa yang saya lakukan ikhlas kerana Allah.

Saya bersaksi dengan nama Allah bahawa saya berlepas diri dari apa yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (Saudi) yang bekerjasama dengan KDN UAE bagi menggulingkan pemerintahan Islam di Mesir melalui bantuan kewangan dan media..

Saya bersumpah dengan nama Allah Tuhan 'Arasy Yang Maha Agung, bahawa apa yang berlaku di Mesir merupakan kerjasama antara Amerika, UAE dan Saudi supaya tidak berlaku lagi revolusi-revolusi seperti Mesir."

Sumber: http://www.ikhwanonline.com/Article.aspx?ArtID=157558&SecID=341


adios

1 comment:

  1. Perkara yang dibimbangi bagi Saudi serta Negara Arab Lain sedanng berlaku.

    ReplyDelete