Saturday, January 4, 2014

PA jangan gabra - saguhati RM500 cukup la

Terkini - Sebelum baca berita ini eloklah tuan/puan diberi info ini terlebih dahulu. Bonuis PA persekutuan memang tiada tapi saguhati RM500 tetap diberikan.

KUALA LUMPUR - Bernama hari ini menafikan telah mengeluarkan berita mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemberian bonus Raya kepada kakitangan awam yang kononnya disiarkan melalui portal berita www.bernama.com.

Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong berkata beliau percaya ada usaha pihak tertentu untuk memburuk-burukkan kerajaan dengan menggunakan Bernama ketika pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut berlangsung hari ini.

"Bernama sering dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk mencemarkan imej kerajaan memandangkan agensi berita nasional ini terkenal dengan kewibawaan dan kesahihan berita yang dikeluarkannya," kata beliau dalam satu kenyataan.

Ibu pejabat Bernama di sini dimaklumkan mengenai berita palsu itu yang disebarkan melalui laman sosial Facebook oleh wartawannya yang membuat liputan pilihan raya kecil berkenaan.

Berita palsu dua perenggan itu turut diselitkan gambar perdana menteri yang kononnya sedang bercakap pada sidang akhbar di Kuala Besut.

Yong berkata ada kemungkinan ia hasil manipulasi menggunakan aplikasi 'Screenshot' dan 'Photoshop'. - Bernama

fenninnnnnn la gua in macam kalu...
PM Najib perlu beri sebulan gaji juga kepada PA demi menjaga maruah kerajaan BN yang sering digebang sebagai juara ekonomi negara. Bak kata sang macai, Negara maju kerana BN. Hanya BN sahaja yang mempu meningkatkan ekonomi negara. Anwar Ibrahim tidak pandai ehwal ekonomi dan segalanya... wakaka

Untuk membuktikan gebang mereka selama ini mereka perlu membuktikannya dengan pemberian lebih besar daripada yang ditawarkan oleh kerajaan PR negeri Selangor iaitu sebanyak sebulan gaji.

Kerajaan BN yang hebat menjana ekonomi negara sehingga menyebabkan berbilion-bilion pelaburan asing masuk setiap tahun perlu menandingi Khalid Ibrahim yang tidak menguasai cukai tetapi mampu memberi bonus sebulan gaji kepada PA di Selangor.


Apa macam ada panas ka? 
wakaka

adios

No comments:

Post a Comment