Wednesday, July 24, 2013

Mufti perlu lihat gambar ini dan fatwakan segera


Rasa terpanggil dengan komen dua peserta ratu cantik Miss Malaysia yang mempertikai keputusan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang melarang mereka meneruskan pertandingan itu.

Beliau berkata fatwa berhubung perkara itu telah diwartakan pada 8 Feb 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.

Apa yang menarik perhatian gua adalah suatu yang amat jelas yang selama ini kita semua terlepas pandang.

Komen peserta beragama Islam bernama Sara Amelia Bernard yang berbunyi,

"Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak larang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

Sebenarnya komen mereka tidak harus dipandang sepi oleh Jakim atau Majlis Fatwa kerana aktiviti dalam pertandingan gimnastik lebih menjolok mata dan mengaibkan. Lihat sahaja beberapa contoh aktiviti gimnastik di bawah dan bandingkan dengan aktiviti pertandingan ratu cantik dengan berpakaian bikini. Apa penilaian anda?

Jika tak cukup sensasi sila ke sini untuk lihat gambar aksi gimnastik yang lebih mengaibkan.

 Wafa Johanna De Corte ditawar kemewahan dan wang untuk jadi teman sosial

Memang aktiviti gimnastik lebih menjolok mata dan perlu difatwakan haram kepada wanita Islam oleh pihak berkuasa demi menjaga maruah agama Islam dan orang-orang Islam itu sendiri.






Tidak adil jika kita tidak memuatkan contoh pemakaian bikini dalam beauty contest. Gambar ratu cantik Indonesia ini diambil dari beauty contestupdate.com. dan santabanta.com Ada banyak lagi gambar ratu cantik memperaga bikini di sana. Tetapi percayalah kesemuanya tidak seseksi aksi dalam aktiviti gimnastik.

Bukan bermaksud agar mufti menghalalkan penyertaan gadis Islam dalam beauty contest tetapi merayu agar penyertaan gadis Islam dalam acara renang dan gimnastik juga difatwakan sebagai haram seperti mana sepatutnya.
Masa catwalk jalan kene ngepit, kalau kengkang tak cantik... wakaka
Miss Earth 2012 Swimsuit
Miss Universe 2012 Swimsuit
So, Mr mufti and Mr ulamak sila bertindak segera... jangan buat fatwa pilih-pilih ikut keperluan. Ada yang haram tapi tak difatwakan haram.


Kegagalan berlaku adil dalam mengeluarkan fatwa adalah punca ramai tidak menghormati institusi perundangan Islam di Malaysia.
adios

15 comments:

  1. sukan2 lain pun spt olahraga juga aurat terdedah.

    ReplyDelete
  2. sukan kegemaran ku.....ginastik dan renang wanita. Terjojok

    ReplyDelete
  3. kemungkinan mufti hilang duit elaun kalau buat fatwa pasal sukan yang mendedahkan aurat amatlah tinggi...ade tulur, takde tulur... ha ha ha

    ReplyDelete
  4. gimnastik dan renang. xbergerak pakcik nonton. hahaha

    ReplyDelete
  5. jadilah ulama jangan jadi ular dalam semak

    ReplyDelete
  6. Petua mufti, yang sana harus yang sini haram tp boleh jadi halal demi negara 1M.

    Kalau mufti pun boleh kawtim ini pulak pak menteri yang jahil. Fatwa haram merokok?? Apa ke jadahnya kalau benda haram boleh dapat dengan mudah.

    Lu pikirlah sendiri tok2 mufti oii!! Kami yang jahil ni pun jadi kesian dengan fatwa sudah jadi petua.

    Fatwa pujangga lebih munasabah dalam mendidik jiwa manusia.

    ReplyDelete
  7. Sukan bina badan(lelaki) juga buat aku 'ngilu' nak tengok.Setuju dgn bantahan bakal ratu dunia tu, jgn ikut kes-ikut hukum Allah.

    ReplyDelete
  8. Kita trlalu rigid nmpak yg terdedah. Ramai yg dedah aurat, ada pakaian tp nmpak trjojol mcm2 nape darh dulu tak nak keluar fatwa, kan yg haram tu dh jelas takut Allah @ takut pemerintah...

    ReplyDelete
  9. drama yang tayang kt tv tu pun mcm tu gak..haramkn ja yg seksi meksi ni..semua pakai sopan mcm dlm tv alhijrah, ada brannnnnnnnnnnnn??

    ReplyDelete
  10. Sekarang mufti-mufti dah tidak dihormati lagi. Bukan salah orang lain tapi diri sendiri kerana tidak konsisten dalam mengeluarkan fatwa dan pendapat. Bimbang nanti dicop MUFTI MAKAN GAJI.

    ReplyDelete
  11. وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

    Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

    ReplyDelete
  12. harap pihak yang berwajib tidak memandang ringan dengan perkara2 seperti ini ~

    ReplyDelete
  13. kena tenguk juga anak sape yang terlibat ... begitu juga sape yang terlibat dalam pengurusan event tu .... kalau setakat bilis je yang terlibat, berbuih le mulut mereka, terjerit terlolong ... tapi kalau yang terlibat tu v v i p, sanggup masuk neraka ooooo.....!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete