Wednesday, July 24, 2013

Mahmoud Abbas President Palestine gumbira dengan kejatuhan Morsi

RAMALLAH, Tebing Barat – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memuji tentera Mesir pada hari Khamis lepas kerana menggulingkan Presiden Mohamed Morsi dan Ikhwan Muslimin.

Ikhwan Muslimin dan Morsi adalah sekutu ideologi Hamas yang merupakan saingan Abbas yang berfahaman sederhana bukan radikal mengikut fatwa Qaradawi dan ulama lainnya.

Menyokong Hamas bererti menyekat usha damai. Lihat sahaja kes ahli politik Malaysia yang mahu popular melawat Palestine bertemu Hamas dari bertemu presiden rasmi Palestine mengapa?

Kejatuhan kerajaan Morsi meluputkan pengaruh Hamas daripada jiran yang bersimpati, dan boleh mengukuhkan peluang Abbas terhadap halangan Hamas menuju ke arah perdamaian jangka lambat dan perkongsian pakatan kuasa.

Dengan campur tangan untuk menggulingkan Mursi, tentera Mesir telah menghalang “kegelinciran ke arah nasib yang tidak menentu” Mesir, kata Abbas lapor Forward News.

Yasser Abed Rabbo, seorang pegawai tertinggi dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin yang diketuai oleh Abbas, berkata: “Ini adalah hari yang bersejarah bagi Mesir, dan kita belajar satu pengajaran daripada contoh di Mesir. Hamas perlu mengambil perhatian terhadap apa yang pergerakan popular boleh capai. “

Pemimpin Hamas/Qaradawi duduk dihotel mewah di Qatar Doha mengutip derma namun rakyatnya miskin melarat kerana ideologi keras mereka mahu menjadi Saladin(Salahuddin Al Ayubi) menentang kuasa nuklear Israel dengan Kalashnikov. Fakta!!!

Semasa perang lapan hari dengan Israel Hamas bunuh lebih 200 rakyat palestine sendiri tanpa bicara dan mengheret mereka dijalan raya adakah kita menyokong barbaric begini? Untuk popular dan semangat mungkin ya!

Fatah yang ditubuhkan oleh Yaser Arafat adalah sebuah parti politik sederhana yang sanggup berkompromi dengan Israel dan Amerika Syarikat dalam apa jua rancangan damai yang diusahakan Pentagon.

Fatah tidak pernah insaf akan kesilapan mereka sejak 1947 tertipu oleh Israel dan Amerika sehingga Palestine kini mengecut kepada saiz yang ada sekarang.

Mahmoud Abbas seperti juga Yasser Arafat boleh  dianggap seperti tukang jual negara Palestine yang hanya mementingkan kuasa politik seperti kebanyakan negara arab lain.






adios

No comments:

Post a Comment